Friday, 1 March 2013

terkejar-kejar...

lebih dari seminggu x menyentuh blog aku ni, huhuhu..

banyak sgt hal2 emosi yang melanda aku sepanjang seminggu lepas. maka mendiamkan diri untuk seketika adalah prior option, walhal banyak gak la yang lakukan dlm seminggu tu.. hehe

21hb feb (khamis) : bendera merah dikibarkan..huhu sudah kuduga dia akan tetap berkunjung tiba walaupon lewat seminggu tanpa simptom2nya.. x pe aku cuba positive kan diri n fikiran. so aku pon berkira2 lah nak call balik LPPKN utk book appoinment. ptg tu jugak aku call guna tepon wad. hehe.. jimat kedit aku (dekutnye) harap2 operator HUKM tu x off kan call aku, sbb setiap panggilan keluar dr HUKM akan d rekodkn. kalau call utk hal2 personal and diaorg dpt detect, maka bersiap2lah utk dikenakan tindakan.. sadis kn...? seperti biasa call aku d sambut dengan baiknya.. crita punya crita, rupa2nya x yah wat appoinment pon kalau sekadar check darah, walk in je.. hehe.. oke.. aku plan esoknya aku nak pegi lah, esok dah CD2. dah ler keja syiff pagi esok, adoyai.. x pe aku cuba pegi jugak esok.

22hb feb (jumaat) : bersamaan CD2, habis syif pagi jam 2 ptg, terus je aku g tukar baju. (baju blouse memang aku dh standby siap kat bilik rehat kakitangan masa dtg keje pg td.) 2.15pm dh mula melangkah kuar wad ke parking kereta, dh x de nak tunggu enjin panas ke hape ke. yang aku tu nak cepat, rushing giler! masuk je jalan cheras, adoiiii.... terbelalak bijik mata aku! jalan jam kot! cmne aku nak sampai awal ni, semalam diaorg dh cakap kena dtg sebelum kol 3pm. huhu.. mula2 tu tension gak lak, macam hape tah aku bawak kereta. aku x peduli dah, selit sana sini. jiwa pon dh kacau..huhu..kejap2 aku tengok jam, aduhh.. dh pukul 2.45pm! aku masih stuck, kereta gerak setapak2.. sampai lah jam 2.55pm. aku masih di jalan cheras. aku tau aku x kan sempat. apa lagi, berguguranlah air mata di ptg jumaat tu.. memang air mata aku mudah datang. hati aku sedih sgt sebab x sampai LPPKN seperti sepatutnya. perasaan aku bercampur baur, marah sbb jln jam, geram sebab x dpt mtk husband tolong hantarkn dengan motornya, sedih sbb x dpt check darah. huhu.. aku x nak tunggu sebulan utk cycle seterusnya. kalau boleh aku nak cepat2 settle, x mau dh lambat2 utk treatment. akhirnya aku pujuk hati sendiri, mungkin hari ni bukan harinya. kalau marah2 pon tetap x selesai jugak kan. sabarkan hati je lah.. turn on CD player and layan lagu lagi bagus.. :)

aku nekad nak pegi hari isnin nanti, iaitu CD5 aku..

25hb feb (isnin) : jam 7pg masih di wad sbb aku keje syif mlm hari ahad. sebelom jam 6.30am aku settlekan smua keja lpas tu g toilet bertukar baju. aku mesti cepat sbb LPPKN bukak jam 7.30pg and lagi satu aku kena g mahkamah arini jam 9pg. huhh.. rushing day lagi ler gamaknya.. mlm td aku dh suh my husband tido kat wad je, senang aku nak kejutkan dia awal2 pagi sebab kol 7pg kitaorg mesti dh bertolak ke LPPKN. nasib baik ler dia setuju..hehe walaupun kitaorg bertolak ke LPPKN dengan nek motor je, tapi... masyallah jalan punya lah jam! nek motor pon x dapat gerak laju. huhu.. resultnya? kol 8pg  baru smpai LPPKN. huhu.. time tu dh ade dekat 5-6 pasangan menunggu. di sebabkan dh sampai, teruskan jelah.. ambik no giliran dan tunggu. dalam hati ingat nak cancel je, ptg nanti dtg balik. tapi disebabkan tadi husband dh bising2 sbb marah terpaksa harung jalan yg jam sampai emosi dia terganggu, so x jadi lah nak cancel. kitaorg pon sabar menunggu.. mata aku ni kejap2 tengok jam, hati dah gundah gulana takut lambat. dh ler nak ke mahkamah plak ni. huhuhu.. husband aku pon dh panas bontot nampaknya. sepatah kata pon aku x cakap, kalau aku bukak topik mesti aku kena sound. hehe.. so diam2 je lah.. jam 8.35am turn kitaorg sampai. ade interbiu sikit2, pastu terus ambik darah. darah aku dh selamat d ambik tapi darah husband aku x dapat2.. hehe.. aku dh agak dah mesti x dapat punya. aku penah nak ambik darah husband dulu utk wat test tp susah giler nak cari salur darah dia. lama gak la staff tu try2 cucuk, ade la 5-6 tempat tapi still x dapat2.. staff tu suh kuar jap, diaorg nak try lagi jap lagi. masa tu jam dh 8.55am. aku request nak balik dulu and ptg dtg balik sbb nak kena g mahkamah lak ni. nasib baik diaorg kasi. peguam aku kat mahkamah tu pon dh panas bontot, asik call2 je.. huhu.. aku paham sgt. oke rushing lagi lah kami ke mahkamah d petaling jaya plak. sampai kat mahkamah jam 9.20am.huhu.. husband aku bising x terkata dah. dia suh aku jawap kalau kena tanya. oke, aku redha je.. huhu.. terus aku cari peguam aku, katanya turn kitaorg dh lepas., tunggu next sesi. adoii.. maka jadilah kitaorg 'penunggu' kat mahkamah tu. sepangjang menjadi 'penunggu', husband aku asik membebel je... lebih baik aku diam, kalau aku join skali alamatnya mau temperature kami berdua sama2 naik.. mahkamah bersambung balik jam 12tgh hari, kes kitaorg selesai jam 12.30pm. so tugas aku plak nak selesaikan apa2 yang patut. jam 2.10pm dh selesai, balik rumah kononnya nak berehat. x sampai 15 minit dok kat rumah kitaorg teringat nak ke LPPKN balik sbb nak repeat ambik darah husband. diaorg dh remind td suh dtg sebelum jam 3ptg oke... adoyaii.. mata dah penat ni, dh ler semalaman x tido. x pe2 psycho diri jap, lpas settle nanti dh boleh tido sampai pagi esok. hehehe.. merempit la kitaorg ke LPPKN. sampai je kat Klinik, staff situ tgok muka kitaorg pon dah tau. hehehe.. glamernyer terasa.. kali ni diaorg x cucuk lagi dh utk amik darah, terus suruh kitaorg pegi ke tingkat 10(rasanya lah, x igt plak) iaitu makmal diaorg. husband sorang je masuk, aku malas nak ikut (dh penat sebenarnya) x sampai 10 minit husband keluar. senyum je.. beres katanya. rupa2nya ambik darah ikut cucuk hujung jari je. 6 titik je pon darah d ambik. huhu.. aku punya sampai 2 tube kot! redha je lah... hehe.. jam 3ptg, merempit lagi balik ke rumah. yes!! Home sweet home!! nak tido!!

My next appoinment x-ray HSG @ hospital Tawakkal pada 5hb mac 2013..

Friday, 22 February 2013

special thanks dedicate to my beloved husband. love u dear..(part ii)

malam tu time tgh syok2 rehat2 nengok tv, husband pon nampak oke je (angin baik), aku rasa ni lah masanya nak story kt dia. mula2 tu aku bukak citer pasal LPPKN. tanya pendapat utk teruskan rawatan di situ (sbb aku tau husband aku ni mudah give up), alhamdulillah feedback nya oke lg stakat ni, esok lusa belom tau.. hehe..  sebenarnya aku risau gak kalau husband aku wat semua ni secara terpaksa (sbb nak sedapkan hati bini je). ye lah utk teruskan rawatan ni perlukan kesabaran.. kn kawan2? so better aku tanya siap2, kalu sbb terpaksa aku terpaksa la mengalah.. mn boleh wat rawatan kalau 'bertepuk sebelah tangan' je kan...?
lepas tu aku pon bukak ler story masa keje syif malam kat wad. sambil bercerita tu berjurai2 air mata aku turun mengalir, hati masih lagi sedih. A to Z aku ceritakan. huhu.. kira all out lah. tersedu2 aku jadinya. sebagai insan yang paling memahami situasi aku masa tu, husband aku hanya mampu pujuk aku je..  di tariknya aku serapat2, dan di bahu dialah tempat kepala aku beradu.. aku tau husband aku pon sedih jugak sbb aku nampak pergerakan tangan dia menyapu air mata yg mengalir di pipi dia.. hanya dengan dia sajalah tempat aku mengadu, emak aku pon x kan dapat paham situasi. so husband aku lah candidate yang sesuai.. huhu..
habis je semua aku keluarkan ape yang terbuku d hati, turn husband lak citer kat aku. dan paling aku x sangka2 yang husband aku sampai hampir2 nak mencarut kt staff yg buat aku sedih ni. (sayang jugak dia kat aku ni) berbakul2 d marahnya. sampaikan aku rasa bersalah plak sebb mengadu domba kt dia.. huhu.. macam2 husband aku cakap kat aku (sekolah kn aku jugak). pasal semua ni takdir tuhan, x payah nak pikir sgt.. malah dia turut ingatkn aku yang ni semua mungkin dari kisah silam masing2 yang banyak dosa.. huhu.. ada betulnya jugak kn?  itu semua memang aku paham. tapi kitaorg tetap akan berusaha, mn nak dtg hasil kalau x berusaha kn..? hehe
saat itu luahan hati kami saling bertukaran.. sememangnya husband aku orang yang berserah sahaja 50-50... nak buat rawatan pon boleh, x nak buat pon x pe.. sebab dia redha je dengan qada n qadha, itu semua keje tuhan katanya..
last sekali my husband pesan, lepas ni x yah la buat baik sgt dengan org2 yg buat aku sedih ni, (selama ni aku selalu tolong diaorg settlekn keje), buat ape nak tolong org last2 mengata belakang. untuk yang dhg pregnant tu, kalau diaorg sebok2 lagi ckp je "korang ingat korang ade anak, anak korang tu confirm berguna ke bila dh besar nanti?" maksud husband aku tu jgn ler riak sgt.. huhu tapi aku x de lah smpai nak ckp macam tu..hehe
lama jugak lah sesi luahan perasan ni berlangsung, dekat dua jam..  bukan senang nak ubat hati yang duka lara.. orang lain tu sesenang hati je menyakitkan perasaan aku ni, d buatnya suatu hari nanti Allah SWT tarik balik nikmat tu baru tau.. APTB :/
ape yang aku tau, My Husband is my best Supporter!! love u dear till the end.. :))))


Monday, 18 February 2013

special thanks dedicate to my beLoved husband.. Love u dear.. (part 1)

sebenarnya banyak yang aku nak crita kan d blog aku ni tapi tahap emosi masih mengganggu jiwa dengan jayanya. aku gagahkan juga diri untuk mengupdatekan serba sedikit dari terus sunyi sepi. semuanya gara2 kejadian d wad seperti dalam entri aku sebelum ni. huhu.. betul2 memakan jiwa dan raga ku..
habis je keje syif malam ari tu, aku balik keje dlm keadaan tergesa2 sampaikan tertinggal sweater aku kat dlm pantri. macam mn aku x tergesa2, sesi pertukaran syif dh bermula. staff2 keje pagi dh sampai. apa lagi kecoh lagi dlm wad tu. masih ada manusia yang kecoh menghebahkan cerita seorang staff(yg aku ceritakn sebelum ni)  yg dah pregnant. untuk tidak terus menambahkan duka lara dalam hati, maka aku terus je bergegas kuar dr wad n balik rmh. baju tertinggal pon aku x nak patah balik dh. kang ade plak mulut2 yg menanya aku, 'ko bila plak??' huhh.. aku sgt x suka situasi itu.. diaorg apa tau? pedihnya hati aku ni diaorg x merasa, itu belum lagi ada yang sindir2. maka aku pun terus berlalu keluar dr wad secepat mungkin sambil jalan menunduk memandang lantai. x sanggup aku nak memandang ke hadapan dengan mata yang berkaca-kaca dek hati yang sedih.
sampai je rumah, aku mandi2 and breakfast. lepas tu terus tidor. kepala dh penat sgt, mata pon dh pedih, hati plak sgt2 sedih. tidur je lah, lagi selamat. padahal niat d hati sebelum sampai rumah nak report terus kat husband tapi x sampai hati plak sebab nampak dia bukan main tekun lagi tengah cuci pinggan mangkuk kt dapur pepagi buta ni. so layan la hati sendirian.. badan dh bersih, perut dh kenyang, tidur la jawapnya..
petang tu bangun tidur igt nak share ngan husband pasal kesusahan hati aku ni tapi terbantut jugak sebab dia tgh melayan tetamu (kawan2nya).. x pelah aku tunggu je masa yang sesuai. rutin harian tetap berjalan lancar walaupun mata ku ni sentiasa berkaca2.. kepadaNya jugak aku mengadu.
malamnya kami pergi pasar malam, baliknya baru la aku mula nak start story2 kat husband aku ni. risau jugak aku nak share ngan husband aku ni sbb aku dh masak sgt dengan perangai dia, kalau x kena angin silap2 aku d marahnya.
so slow2 la aku bukak cerita..

#maap mata dh ngantok sgt, esok pija sambung balik yea..?? :)

Saturday, 16 February 2013

hati tersangat sedih.. :'(

jam sekarang pukul 335am.. masih belom tido.. sbb keje syif malam, memang x tido ler jawapnya kn.. hari ni 2nd nite duty malam, esok and lusa cuti.. alhamdulilah.. mood nak keje dh hilang melayang. maaf entry  kali ni sgt x de mood. sbb???  awal2 masuk keje oke je, punch in, tengok list pesakit yg warded, sume oke.. walaupon still awal lagi, aku decide wat keje awal sikit la.. so pergilah ke bilik barang2 kononnya nak check inventori (setiap syif kena check). tgh2 syok menge-check, tiba2 dgr suara rakan2 syif ptg n syif malam (sesi tukar syif) bercakap dgn kuat dlm antonasi yg hepi. aku pon ape lagi pasang telingalah, ape yg aku dgr betol2 menghiris hati.. laju je air mata aku mengalir. Ya Allah, Kuatkanlah iman hambaMu ini.. terus aku lari ke bilik barang yg lagi satu, susah pulak air mata aku ni nak berhenti. sesungguhnya aku sgt cemburu. saat tu jugak aku rasa nak je lari balik rumah n ngadu kt husband, tp x dpt la aku nak wat mcm tu kan. tanggungjawab tetap tanggungjawab. apa yg aku dgr?? korang maybe blh teka sendiri. bagi titician macam aku ni, hati aku sgt2 fragile..
staff 1: "wahhh.. yeke?? brp bHcg ko?"
staff 2:"dh 4ooo lebih dh"
staff 1: "lagi tinggi dari aku dulu la, dh lama ler tu"
staff 2: (sambil ketawa) ""agaknya lah"
**** maaf, stakat itu shj yg aku mampu dengar. ak terus bawak diri ke bilik rehat staff d hujung wad...
laju dan terus laju air mata aku mengalir, aku sgt2 upset..
"knp aku yg terpilih?? dosa aku sgt banyak, sbb tu Allah duga aku dengan ujian2Nya"
 sedihnya aku rasa x tertanggung, mungkin ada hikmah utk semua ni.. Insyaallah.. aku pjuk diri ambil wudhu dan terus solat.. "Ya Allah tenangkan la hati ku ni"
 kenapa aku sedih sgt nie???  aku sendiri pon dh tahu jawapannya.  total staff dlm wad aku ade 13 org dh berkahwin. sebelum ni ada 3 org yg belom pregnant n tarikh kahwin pon dekat2 je..(termasuk aku)
5 bulan lepas, salah seorang dh berjaya conceive slpas 2 tahun lebih menunggu. so tinggallah aku dan sorang lagi staff tu. hari ni plak aku dpt gud news dr dia yg dia pon dh conceive. thats why im very2 upset. i feel useles dan sgt malu. dan sekarang total  staff yg tgh preggy dh 3 org. asal masuk keje je mesti bertembung dengan diaorg. cemburunya aku kat diaorg hanya tuhan je tahu. bilalah agaknya dapat aku pakai baju comel tu, jln sambil gosok2 baby bump.. sweetkn cmtu..  yup.. aku masih menanti detik indah itu.. dan aku masih lagi muhasabah diri sendirian..
yg paling aku x dpt terima. lepas je sesi diaorg sembang2 tu, ade plak sorang staff (my junior) dtg kat aku dan tanya"akak bila plak turn nak dapat  baby??" (sambil nak pegang perut aku) padahal dia sendiri dah nampak muka aku ni dh merah2 and mata berair2.. aku terus je jalan sbb aku tahu kalau aku jawap pon bukan dia paham. tunggu la turn ko kawin nati baru ko tahu betapa tajamnya soalan itu( staff ni memng jenis x paham perasaan, ckp lepas je) sedangkan soalan tu dh berpuluh2 kali di tanya. itu semua keja tuhan, buat ape nak sibok2.. maap kalian yang membaca, kau sgt2 beremosi waktu ni..

#surah yaasin, ayat 82 yg bermaksud "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. "

sambungan title "call balik"

opss.. sorry... hehe.. sebenarnya citer utk tajuk tu x habis lg. tapi sebab dah taip sekerat n x nak taip lagi so post je la.. 'distract management' ?? guaner tu? alah biasa je pon cuma bunyi je cam advance padahal tu teknik utk alihkan perhatian aku yang asik berpaling ke jam (tunggu jam 1030pg). utk elakkan aku tertido dan sampai terbabas jam 1030pg tu, aku pon mula la wat2 sibok. kemas rumah (walaupon dh kemas mlm td), basuh kain (sental lama2), cuci toilet, dan last sekali g nek motor pusing2 taman.. akhirnya sampai jugak la ke jam 1030pg...
aku pon tepon la LPPKN tu..
1st call- lama gak la tunggu sambung dr operator tu, aku pon off call
2nd call- lama gak tunggu, sibok ler tu kan. x pe aku paham. baru nak kira lg dua kali bunyi tut2 x bersambut aku off call lg, tp nasib baik bersambut.
apa lagi aku pon berstory sakan la kt staff yg jawap tepon tu. walaupon story aku x habis lagi. Rasanya adalah dalam 45% terus staff tu dh dapat teka, "ooo.. yg husband nama az---- tu ea..", aku pon ape lg.. iye kn je lah.. hehe.. padahal dlm hati rasa nak gelak je, glamer jgak kitaorg 2 org nie.. hihihihih.. lepas tu staff tu sh tepon balik sbb nk discuss dlu sama ada blh dtg hari tu jgak atau hari lain.. stgh jam kemudian aku call balik, untung aku dpt masuk slot ptg. lepas waktu lunch, 2.45pm (hari jumaat). kalau x dpt hari tu jugak alamatnya terpaksa la ku cari cuti lagi. huhuhhu... tp staff tu siap warning lagi, "dtg awal tau" terasanya... huhuhu.. yela sape suh lambat ari tu, kn dh kne blacklisted.. tp ptg tu lambat jugak sampainya, kol 3ptg. nasib baik diaorg layan je.. ni gara2 kwn2 laki aku ler dtg singgah rumah, kononnye nak lepak. nasib baik kitaorg ade appoinment. hehe..
lama jugak la menunggu utk d panggil, dr jam 3 sampai 4.30 baru d panggil. sampaikan aku igt mesti diaorg x de slot, mana x nye siap ade staff sorng tu dh galas beg nak balik dh.. huhu.. akhirnya selesai jugak.. kejap je pon x sampai 5 minit penerangan oleh staff tu, dan aku simpulkn next appoinment kena tunggu hari period yg 1st baru leyh call balik utk dptkn appoinment seterusnya.. maka, pulanglah kami berdua ke sarang... sekian.. hehehe..

call balik..

semalam x nyempat nak wat entry sambung, ingatkn boleh ler curi masa tgh keje smlm tp banyak plak hal smlm.. huhu alamatnya terpaksalah continue pada hari ni walaupun dh terdelay...
jam baru 8pg tapi aku dh tergedik2 x tahan nak call LPPKN tu balik padahal dah pujuk hati malam tadi yg aku akan call jam 10.30pg je sbb aku paham kalau keje kt klinik ni, pg tersangatla sibuk.. so terpaksala aku but 'distract management'.. hehe..
15hb februari 2013- pagi2 lagi dah bangun.. padahal sebelum ni aku cukup liat nak bangun awal, kalau bangun pon bertahan 20 minit je pas tu berdengkur balik.. maybe sebab terlalu excited agaknya nak call LPPKN tu balik.. tengok jam baru 8pg, aduss lambat lagi nak ke jam 1030 tu. maka terpaksalah menggunakan 'distract management'

Thursday, 14 February 2013

ThE daTe is tOday!

alhamdulillah.. hari ini tiba juga, setelah sekian lama menanti.. :)
ikutkan planning nak post semalam dulu tp keadaan fizikal x mengizinkan, penat sgt lepas balik keja terus tido. nak ngadap laptop pon x sempat.. nasib baik sempat gak makan. hehehe..

sebenarnya tarikh yg dinanti (hari ni) bukan sebab nak sambut valentine oke (walaupon teringin).
hari ni adalah my 1st appoinment di LPPKN. agak2 nak buat apa kt situ?? hmm... sebenarnya dh lama sgt teringin nak mulakan langkah pertama ni tapi ada je lah alasan yang aku sendiri create kan.. itu lah, ini lah.. macam2, apa pon alasan tetap alasan walaupon alasan yg baik. kn2??
hujung bulan 1 ari tu aku call LPPKN sbb nak start wat treatment kt sana, utk TTC. alhamdullilah, senang je nak stat buat appoinment. call je.. hihi.. selama ni aku ingat susah, kot2 nak kena dapatkan referrel doktor pakar ke, doktor x pakar ke.. rupa2nya salah sama sekali. (pengaruh tempat kerja agaknya) hehehe.. setelah 2 minggu lebih menunggu maka tibalah hari dinantikan, iaitu hari ini. dan kebetulan pulak jatuhnya pada 14 februari 2013 = hari valentine = hari khamis + malam jumaat (paham je la ek..) hihihi.. gedik plak.. walaupun sampai lewat skit (lbih kurang 8.40am)  utk firstimer macam aku ni aku rasa bagusla service diaorg (aku expect kena marah sbb lambat) lepas je daftar n amik pas pelawat kt lobi lif terus naik ke tingkat 6 iaitu klinik subfertility. pendaftaran di kaunter pon mudah je. lepas amek no giliran n daftar, tunggu jap kat kerusi husband da kena panggil utk ke tingkat 7. atau nama lainnya bilik utk check in..hehehe.. x delah, kena isolate kn utk dapatkan air mani. maka berpisahlah kami.. huk huk huk.. dlm 15 minit kemudian aku plak kena panggil, rupanya sesi temuduga. macam2 gak la soalan di tanya, so jawap je la kn. habis jawap tunggu lagi kt depan tv tu haa.. tunggu husband turun plak utk di temuduga.

9.15 am ------> 1030am ... masa terus berlalu.... mak aih lamanya pak cik ni, x siap2 lagi ke? nak kematu bontot aku dok kat kerusi. x pe tunggu lagi..... last2  jam1045am aku dh x ley sabar, so aku pon cal ler.. slow je org dlm hp tu cakap "abang x boleh la, org kt luar tu suruh taruk #$%%$# dalam bekas. puas da try tp x boleh. cmmana nie" aduhh.. punya la berjanggut aku tunggu rupa2nya  x settle2 lagi. ikutkan temperature aku dh naik, tp sebab x nak tambahkan stress org dlm hp tu... maka aku suh dia try lagi. kalu x boleh gak, silalah call aku yg kat bawah ni utk pertolongan (korang paham kn?? hehe) tunggu lagi sampai kol 11am, last2 kena jugak la aku naik itngkat 7 tu.. huhu.. elok je sampai kt pintu masuk tu dh ade seorang staff (umor nya blh panggil pak cik) sambut aku,  dia soal kat aku"siapa", aku jawap la "sy ni isteri -----". oke, masuk, ikut saya.. aku pon menbontot ler pak cik tu, tebal gak la muka aku ni. dlm hati menbentak2 apsal la aku kena naik, malu kot. huhu.. sampai satu slot yang aku rasa makmal. ade lagi staff lelaki 2 org, yg ni dlm umo 30an.. aduss malu2! aku tunduk je, x nak tengok muka diaorg. segan wehhh! ada satu ruang luar makmal tu ade kerusi, kat situ ade la sorng pompuan tgh baca paper. lepas je nampak dia baru lega skit hati aku ni, dlm hati aku " ohh nasib baik ade juga insan senasib dengan aku, agaknye dia pon tolong laki dia jugak le kot" x de la aku rasa malu sgt dh.. hehe...
lpas tu aku d tunjuk kn bilik tmpt laki aku 'menginap' n pesan pak cik tu 'tutup pintu tu' , aduss.. ye la pakcik, mesti ler tutup, x kan nak bukak luas2 kot.. huhu.. jumpa je laki aku, mcm2 la dia ngadu.. oke aku paham, so aku suh je la dia relax, kalu dh tension2 cmne nak settle kan. bagus gak la bilik tu, ade sofa, katil tv, kerusi n toilet. dh macam check in hotel budget plak. hahaha! berangan jer..
aku masuk itu pon bukan wat ape pon, cuma bagi kata semangat je lepas tu suh dia try lagi skali kt toilet tu.. dekat 45 minit gak la. tunggu punya tunggu sampai aku pon dh ngantok, last2 laki aku kuar ngn muka masam..hmmm dh paham dh.. x dpt ler tu. sudahnya kuar n jumpa balik org makmal kt luar tu. pak cik td dh x de, yg ade 2 org staff lelaki yg muda n pompuan td, rupa2nya pompuan tu pon org makmal jugak!. segannye...diaorg budget aku boleh membantu tp x dpt tolong jugak.. hhmm.. nasib badan...  puas jgak la d tanya knp x boleh, itu ini n bla bla bla.. last2 kitaorg request nak bawak dr rumah n dia bg dengan syarat dlm tempoh 30 minit da sampai makmal. kitaorg ape lg, jawap 'OKE'!!!

kemudian turun balik tingkat 6, citer la balik A to Z kisah kt tingkat 7 tu kt staff tingkat 6, nasib baik diaorg pon benarkan jugak. fuhhh.. lega! dok sekejap kat situ x sampai 5 minit, husband plak kene temuduga tp kejap je x mcm aku. x byk soalan d tanya (kata husband aku la). lepas tu kitaorg wat payment (pendaftaran shj sbb test sperma x wat lg) n balik....
sampai rumah dh jam1.30 (sbb g mkn dulu td), golek2 atas katil maka tertido lah aku dengan jayanya... hehe..  bangun tido dh kol 3pm, terkejut berok aku jdnya.. cari husband..  tgh kemas ruang tamu rupanya (rajinnye.. aku sedap je tido) aku tanya sample dh dpt ke, x dpt lagi katanya.. terus aku tarik muka masam.. nak marah pon ada tapi tahan je la.. huhu.. last2 husband ckp 'siap la', aku balas, 'nak siap wat pe, sample x de'. tapi aku bersiap gak la.. maka ber drfit la kami ke LPPKN, 20 minit sampai. aku suh husband masuk dulu sbb aku tau dia mesti nak cari toilet dulu utk %^&* dptkn sample. aku pon drive ler mencari parking. joh gak la aku parking. masa tu jam dh pukul 4.15pm. dlm hujan yg sederhana lebat aku pon menapak ler ke LPPKN tu, separuh lenjun aku jadinya. ngam aku sampai kt pintu masuk, husband dh kuar. katanya sample dh hantar ke makmal, org makmal suh dtg esok je utk tahu result. huhh.. penat je aku redah hujan,  kena redah hujan lagi utk ke parking n balik rumah..

sampai kat rumah baru ler husband bukak citer.. sebenarnya dia terkejut bila org makmal suh dia #$% utk dapatkan sample. dengan terpinga2 dia masuk gak ler  ke bilik 'spermtorium' tu.. tp bila dh mindset pon dh kacau, maka x menjadilah.. mujur boleh bawak balik container tu utk wat kt rumah.. dan aku x terlibat  pon dlm proses mendapatkan sample. ngatkan husband aku dh makin 'matang' sbb susah sgt nak dapatkan sample. nasib baik belom lagi.. hehe..
yang pastinya hari ini punya job da selesai.. tinggal esok nak cal balik utk dpt appoinment seterusnya, sbb darah kitaorg belom check lg.. huhu..