Saturday 7 February 2015

cerita sepanjang 2014 (part 5)

kali ni story time bulan puasa 2014,

bulan ramadhan 2014 aku lalui bersama2 dengan keadaan mabuk hamil. hari ramadhan pertama aku sambut di kampung, dengan mak aku. masa tu baru start demam2. mak aku pelik tengok cara aku counter demam. aku taw dia dah syak tapi macam was2. soalan dia x payah tanya la kan.. bila period? dah brp lama x dtg? macam2 lah.. semua soalan mak aku tu aku jawap sambil lewa + tipu sikit2.. hehe.. sampaikan mak aku pon dah malas nak layan aku sangat. maap mak... anak mak ni masih takot2 untuk lagi, takot kecewa di tengah jalan. di sebabkan aku dah start drama ni, terpaksala aku teruskan sampaila aku betul2 dah ready nak bagitaw kat mak aku. 4 hari berpuasa di kampung dalam keadaan mabuk hamil ni memang x terkata 'hebatnya'. tapi aku seboleh2nya tak mahu mengeluh@ mengaduh. sebab semua yang aku lalui ni kurniaan-Nya, yang aku tunggu2 selama bertahun2 sepanjang perkahwinan aku. kebetulan mak lang aku pon ada di kampung. ketidaksihatan aku memang buat mak aku dan mak2 sedara aku curios.

semua cakap aku ni dah 'lekat' aku senyum dan jawap 'belom masa dtg bulan lagi, tengoklah nati' padahal dalam hati aku punya lah risau kalau2 drama aku separuh jalan je. bersalah tu memang rasa bersalah, tapi rasa risau aku lagi tinggi. aku tahu ramai yang taruh harapan tinggi untuk aku pregnant. sebab tu jugak aku rahsiakan dulu, aku x mahu orang2 sekeliling aku kecewa sekiranya kuasa tuhan melebihi daya aku.

setiap hari aku panjatkan doa. doa2 kesyukuran, yang aku sendiri pon x sangka bahawa doa2 aku selama ni Dia dengar dan Dia makbulkan. baru sekarang aku realize, kata2 org selama ni yang menyuruh kita mengadu pada-Nya, mintalah pada-Nya memang betol. sedangkan dulu aku x berapa nak percaya.(secara jujurnya 50-50) Kuasa Allah SWT tu memang besar dan sekarang aku percaya. setiap hari aku berdoa semoga kandungan aku sentiasa dilindungi-Nya.


#teman2 TTC sekalian, berdoalah.. kerna DIa maha pendengar. berdoalah dengan seikhlas hati, insyaallah Dia akan tunaikan.. pija harap suatu hari nanti teman2 sekalian akan lalui masa yang kita tunggu2 selama ni. INsyaallah.. yang penting kita percayakan Dia. amiinn.. Ya Rabbal Alamaminnn..

Thursday 9 October 2014

cerita sepanjang 2014 (part 4)

sambil2 tunggu gaji hujung bulan june untuk order set shaklee aku mengira hari CD. dan akhirnya sampailah aku ke CD30. period aku still x datang, aku tunggu lagi. CD31 ,CD32.. x datang jugak. heran. selalunya CD25/26 dah datang dah. so aku pon check je la UPT. Allahhuakbar! Allah maha besar!.. aku memang x sangka, UPT aku tve!! tapi aku takut jugak sebenarnya. mana taw kot2 false reading je.. oke , aku tenang lagi. aku tunggu next week untuk repeat UPT. next week aku repeat UPT dan result tetap tve. aku betol2 terharu + hepi + sampai x tahu nak imagine macammana. aku diamkan dulu. aku takut nak announce, walaupon untuk bagitahu huband aku sendiri. sebab aku sendiri pon takut akan kemungkinan2 yang boleh buat aku menangis lagi. untuk confirmkan lagi, so aku repeat test darah beta-HCG lagi. seminggu kemudian result pon ready, confirm! i am preggy!! masa tu aku rasa macam nak sujud syukur je kt depan pc lepas  baca result blood test tu. aku tak sangka yang doa aku telah di makbulkan. hepi memang hepi, tapi dalam masa yang sama aku tetap takut. (paham2 je la, aku nak taip pon x berani ni)

lepas lebih kurang seminggu kemudian baru aku mula realize bailk semua blood result aku. rupa-rupanya blood test beta-HCG yang aku amik masa bulan jun tu dah bagi result yang +ve sebenarnya, cuma aku je yang x berapa nak pandai interprate result tu. tapi test yang seterusnya dah mengesahkan status aku. husband aku cuma taw aku preggy lepas second test UPT. menitis air mata dia bila aku ceritakan status aku. dia sendiri pon excited + takut. so kami berdua decide untuk rahsiakan dulu tentang status aku dari sesiapa pon, tunggu hingga ada baby bump. (padahal kami risau akan kemungkinan2 yang x sepatutnya).

## next story ??  to be continue..

Tuesday 23 September 2014

just call my mom a few days ago..

beberapa hari lepas pija ada call mak kat kampung. rutin biasa tiap-tiap minggu bertanya khabar. last balik kampung raya aidilfitri lepas, ni pon dah homesick sangat dah! huhuhu...

sembang punya sembang, macam biasa mak akan bukak cerita @soalan femes... dah dtg bulan belom? and macam biasa jawapan aku memang x menjawab soalan. dek malas tunggu jawapan aku, terus mak aku bagitaw plan dia untuk aku balik kampung nanti, second round berurut dengan tok cu. aku oke kan je, kang kalu tolak alamatnya membebel x hengat la.

ikutkan mulut ni ringan je nak kabo ke mak aku. tapi aku sabaw lagi.. alang2 dah seluk pekasam ni biarla sampai ke pangkal lengan kan?
jeng jeng jenggg...

Wednesday 17 September 2014

cerita sepanjang 2014 (part 3)

maaf2... lupa nak mention kan kat dalam entry sebelum ni (part 2) pasal yang repeat blood test tu pija amik dalam bulan jun, D21. sory yer pija baru dapat trace yang entry tu agak meng-konpiuskan. hehe.. pada hal sebenarnya pija nak kabo yang awal bulan mei kitaorang g celebrate anniversary + birthday kat pulau tioman. tapi x nak citer lebih2 pasal tu sebab x kena sangat ngan tajuk blog ni ha.. kang rasa berbulu plak.

tapi yang pija nak citer pasal balik kampung je, masa tu nak penghujung bulan mei 2014 lah. dalam 23 hb kot. asalnyer balik nak jenguk sepupu yang bakal lahir tapi x sempat plak. elok je kitaorang dah balik KL baru ler dia keluar, tu pon setelah seminggu kemudian. masa kat kampung tu mak ada bagitaw yang ada sorang nenek ni nak sangat jumpa ngan pija. rupa-rupanya nenek ni bidan kampong masa muda2 dulu. dia nak sangat nak jumpa pija, katanya nak rasa perut pija ni ha.. sebabnya mak dah story kat dia yang anak dia ni dah 3 tahun lebih kawen tapi x lekat2.  disebabkan mak pon dah beria-ria sangat nak temukan dengan nenek tu, so pija relakan je lah.. ejas punya ejas dapat la bawak nenek tu datang rumah mak. masa tu pija tanya jugak, nak check perut ni ada hari2 x? sebabnya masa tu pija baru je habis period, x silap baru D10. tapi nenek tu,  atau nama panggilannya tok cu, katanya x kisah. dia kata nak rasa saja. so, pija pon baring je lah. tok cu pon start la urut kat bahagian bawah perut, tarik ke kiri, tarik ke kanan. x lama pon , x sampai 10 minit. ada gak dia tanya sakit ke x? jawapannya memang x sakit, terasa senak sikit je. dah selesai tu baru tok cu cakap yang rahim aku ni 'cekang' skit. aku pon 'oooo' kan je lah. nak komen lebih x pandai. sebelum tok cu balik dia ada buatkan air penawar sikit. tapi bukan untuk minum, katanya untuk mandi. sebotol air tu aku guna wat mandi dapatla dalam 3 kali. tok cu pesan jugak, kita ikhtiar saja, kalau ada tu ada lah. kalau x ada len kali kita cuba lagi.

maka esok harinya aku ngan husband pon baliklah ke KL semula. menyambung semula rutin kami di KL..

#kisah ini flash back ke bulan mei,
##entry yang part 2 dah masuk bulan june
* adoyai.. poning kapla!

Friday 5 September 2014

cerita sepanjang pertengahan 2014 (part 2)

oke nak sambung story seterusnya plak..

next blood test aku amik pada bulan jun. pada bulan ni jugak berat badan aku dah lost 17kg!! dah nak capai berat ideal lagi 7 kg untuk dibuang tapi badan dan kebal, x mahu turun dah. huhu... oke sambung balik kepada blood test CD21. aku bersyukur sangat sebab result darah aku naik lagi. dari 21.9mmoL==> 36.8 mmoL. sungguh aku x sangka yang level progestron aku akan naik setinggi ni, sedangkan dulu nak naik ke nombor belas2 pon susah. inikan pulak yang digit puluh-puluh.
masa amik darah ni jugak aku gatal2 g hantar test untuk beta-HCG. result beta-HCG aku buat aku hairan sbb readingnya 16.4mIU/L. sedangkan dulu -dulu pon aku ade hantar test Beta-HCG ni x pernah tinggi, asyik2 <1.5mmoL je.. aku pon malas nak pikir sangat, lantaklah.. yang penting aku hepi sebab level progestron aku dah naik dari 21.9mmoL ==> 36.8mmoL. seingat aku doktor pernah bagitaw level progestron terbaik adalah >40mmoL. aku senyum je seharian sbb hepi. balik rumah aku bagitaw kat husband, aku cakap nak order lagi set shaklee ni. dia oke je.. husband pon tumpang hepi untuk aku. mesti dia pon berharap harapan yang sama dengan aku walaupon dia x cakap kan... paham2 je lah orang laki ni jarang nak ekspressikan dengan kata2 ni. nak order set lagi???? tunggu gaji lah...!!

#maka bersambung lagi selepas ini... hehe..

Saturday 23 August 2014

cerita sepanjang pertengahan 2014 (part 1)

assalamualaikum... hehe..sopan plak rasanya. dah setahun tak menulis, sampaikan nak masuk pun kena bagi salam dulu. biar sopan tak pe, jangan tak sopan sudah. kan kan??
sebenarnya banyak sangat cerita nak citer ni sampai x tahu dari mana nak mulakan.
hmmm.. my last entry bulan november tahun lepas aku ada bagitaw yang aku dah start produk shaklee kan? macam biasa aku memang plan nak amik untuk 3 bulan je pon. sebab tu la senyap je.. kononnya tempoh bertenang la. tapi aku x de pon consume sampai 3 bulan, terlajak lagi ade lah. hehe.. aku amik shaklee ni sampai bulan februari, lebih kurang 4 bulan jugakla aku consume benda alah ni. hehehe.. (sbb nak abiskan stok yang di order)
dalam bulan februari aku tunggu sampai CD21 untuk check progestron level aku. check punya check, memang aku tak sangka langsung yang badan aku respon cukup baik dengan produk shaklee ni. mana x hepi, progestron level aku naik mendadak dari 0.5mmoL ===> 21.9mmoL. aku rasa bersyukur yang amat. x macam supplement sebelum ni, ciput je naik levelnya. so aku pon sambung la order set shaklee lagi, kali ni amik set yang besar sikit. hehe.. (nampak x excited tu). aku harap result blood test yang seterusnya pon memberangsangkan jugak lah. dalam tempoh ni jugak aku wat program diet untuk aku turunkan berat badan. sebab ada research yang bagitaw berat badan jugak dikatakan penyebab hormon kita terganggu. (fakta kot)
tapi untuk set kali ni aku up-kan sikit pengambilan tablet alfafa tu. (x sabar nak result cepat) . dos yang dicadangkan 8 tablet sehari. tapi aku yang 'pandai memandai' ni naikkkan dos aku sendiri kepada 10 tablet sehari. hehe..  memang x de rasa bersalah pon. aku teruskan set ni sampai stok aku dekat nak habis la, pastu aku tunggu CD21 untuk blood test seterusnya.

#next blood test on june 2014, oke kita tunggu next story la yer..

Friday 22 August 2014

i miss uu!!!!

arghh... rindu toi nak update kat sini.dah dekat sebulan den try log in blog ni. huhu... nampak sangat dah lama x bukak account ni sampaikan cara nak log in terlupa! adoyaiii...
peningkatan usia gamaknya, tu yang boleh terlupa tuh.

pape pon sesi log in account dah berjaya!! next time boleh update story terkumpul selama ni. hek hek ek.. daaa....