Sunday 23 June 2013

CERITA TERTANGGUH..

flash back balik ke hari kenduri kendara lepas. aku ni x gemar sangat nak berkenduri kendara ni. rasanya TTCian yang lain pon sama, sebab masa tu kita akan berjumpa ramai manusia yang bisa menoreh hati hingga berdarah2! atas alasan begitu aku x gemar pergi kenduri. tapi kali ni aku x ada excuses lagi, aku terpaksa!! hhhmmm... nasib la labu... so awal2 aku dh kebalkan diri dengan seboleh-bolehnya, and pekakkan telinga dengan sepekak-pekaknya.

alhamdulilah.. macam x percaya pon ada. tiada suara sumbang atau soalan2 yang aku expect akan kena tanya di tanya pada aku.. aku kira diaorang semua dh sedia maklum. mngkin jugak sebab mak cik2 di sini (jiran2 mak sedara aku) memahami kehidupan zaman sekarang (x sebok kepoh hal org). cuma ahli keluarga rapat je ade yang tanya sikit2 itu pon x ler sampai menyakitkan hati aku. malaan siap bersharing2 lagi..

rupa2nya aku bukanlah yang pertama menghadap situasi begini dalam keluarga aku. mak teh aku pon 5 tahun TTc, sorang lagi cousin aku 3 tahun TTC. time ni lah aku bersharing2 dengan ex-TTC iaitu mak teh aku and cousin aku. dari cerita mak teh aku, dia pon paham sgt perasaan aku sebagai TTCian. setakat insan2 mulut laser tu dh jadi makana harian katanya. dari cerita mak teh aku, dia juga mengalami masalh rahim kuat + sperma x cukup. dari segi rawatan, macam2 jenis hospital yang dh diaorg pegi. sehingga lah akhirnya dia pregnant tanpa prosedur, secara natural tetapi supplement non stop lah. sekarang dia sudah ada 3 org anak, so aku ada 3 cousin lah. semuanya hero2.. hehe seterusnya pulak kisah my cousin. citer cousin aku ni aku x dapat sgt secara detail sbb aku pon agak sebok and dia pon sebok kejar2 anak dia yang agak ligat. hehe.. dari short conversation kami, aku di galakkan my cousin ni untuk buat treatment under mana gynae. aku senyum je.. sebabnyer aku dh pon under treatment sebenarnya tapi aku x nak la war-warkan. kang banyak plak hal nak ceritanya. yang tahu aku under treatment hanyalah mak2 sedara aku and mak aku. lain org aku x nak citer. senyum2 sudaaa... heee.. cuma mak teh aku ada bagitau sikit pasal rawatan yang cousin aku ambik ni, dari citer ni aku sahkan yng diaorg pon ber-IUI, cuma x dapat nak confirmkan dengan tuan punya badan jer.. sekarang anak cousin aku dah 3 org jugak, 2 boy 1 girl.

itulah serba ringkas cerita aku masa cuti lalu.. next story coming soon... yehuuuu!

Thursday 20 June 2013

aktiviti waktu cuti dulu..

nak citer! nak citer!! hehe.. memang aku selalu citer pon kan.. kepoh jer.. hak hak hak..
nak update sikit tentang aktiviti- aktiviti masa cuti  lepas. memang la sebok dengan aktiviti kenduri kendara tapi tetap dapat curik masa sikit untuk ruangan TTC ku..

x silap ader la dalam 2 hari aku berkampung di library PJ OldTown. huhu.. baik kan aku berstudy2 di Library di saat usia menginjak tua ni.  ingat student2 je ke yang berkampung di library tu, aku pon join skali okeh..

dh register jadi ahli pon, start bulan 4 x silap.  alang2 dh menjadi ahli ni aku gunakan lah kemudahan yang di sediakan, mengorek segala ilmu yang ada di situ.  dua hari cuti aku gunakan untuk  mengorek segala ilmu2  TTC especially tentang pemakanan. since aku pon dh decide and dh sedar tentang kepentingan pemakanan yang memberi effect utk journey TTC aku. lagi2 lah kalu yang membantu naikkan hormon progesteron aku ni

tak sangka la plak banyak jugak ilmu aku bawak balik, nak citer memang byk aku dapat tau memanglah panjang. dari segi pemakanan hinggalah supplement. kiranya aku bukan setakat study je tapi siap buat research tau. rugi plak x snap tajuk buku2 yang aku baca tu. huhu..

next time aku simpulkan apa yang patot di simpulkan. hehe..
sekarang nak balik rumah dulu sebab syif dah tamattt.. 
tatatata.... (^_^) yeayyy!! Home sweet Home!!

Monday 17 June 2013

SELAMAT HARI BAPA!!

16 june= fathers day!!
bila tengok semua orang sambut hari bapa ni hati jadi sayu sgtttt...
terkenang keluarga kecilku ini.. hope husbandku dapat sabar.
kami sama2 menyabarkan diri.. selama ni mungkin husband aku diam n pendam sorang2 isi hatinya, tapi aku tahu keinginan dia pon sama dengan aku cuma x terluah je dr mulut dia. sbb dia pon taw yang emosi aku sgttt rapuh. hati aku selalu di jaganya.. sabar lah wahai suamiku, tuhan masih mahu menguji kita.

di suatu sudut hatiku yang lain, aku rindu sgttttt kat ayah aku. ayahku yang masih sepi tanpa khabar berita. aku kira tahun ni genaplah 7 tahun ayahku hilang di tanah seberang. khabar beritanya masih aku tunggu. walaupun ramai mengatakan yang kemungkinan ayah aku  tiada lagi di dunia, aku x nak percaya. selagi jasadnya mahupun kuburnya tak aku lihat dengan mata kepala aku sendiri jangan harap aku akan percaya! setiap hari selepas solat aku mendoakan kepulangan ayah.. aku akan sentiasa mendoakan ayah.

"ayah.. pulanglah ke tanah air,
anak-anakmu rindukan mu,
ahli keluargamu rindukan mu,
kami disini sentiasa mengharapkan kepulangamu,

biarpun hubungan kita tidak semesra hubungan keluarga lain,
tapi aku tahu hati budimu yang baik itu sentiasa menyayangi anakmu,
tidak pernah sekalipun kau mengabaikan tanggungjawabmu kepadaku,
segala keperluan dan kehendakkku kau berikan,
aku rindukan ayah,
akan sentiasa mendoakan anakmu,

hanya ayah yang sentiasa mengingati hari lahirku,
hanya ayah yang setiap tahun meraikan hari lahirku,
setiap kali menyambut hari lahirku pasti aku teringatkan ayah,

sekalipun sikap tegasmu membuatkan anakmu menggerunimu
tapi aku tahu jauh di sudut hatimu amat2 mengambil berat perihal diriku,
setegas2 didikanmu, tidak pernah sekalipun kau menjentik anakmu..

ayah.. pulanglah..
anakmu sentiasa mendoakan kepulanganmu.."

Wednesday 12 June 2013

budak2 cuti sekolah, aku pon ikot sebok nak bercuti! keh keh keh

uiiihhhhhh!!! dah lama x online nie rasa macam banyak je citer yang nak di ceritakan. hmmmm.... nak start dari mana ek.
apa-apapon selamat bekerja kembali!!! setelah 10 hari menghabiskan cuti2 public holiday yang tertunggak. budak yang bercuti, aku pon ikut sebok je kan?? sabo je lah.. hehehe.. sebenarnya x de la kempunan sgt nak cuti time school break ni, tapi terpaksa. mengerah tenaga untuk berkenduri kendara semata- mata untuk wedding my cousin lah!
nak x nak terpaksa apply cuti. mak dari kampung dtg nak stay kat sini dlm 5 hari. aku plak dh boleh dikatakan tiap2 minggu ke rumah mak sedara aku ni untuk tolong wat kerja-kerja kawen anaknya. aku ni dh macam tunggak kenduri dh gamaknya. gara2 semua cousin aku ni lelaki n aku sorang je la anak sedara yang berjantina pompuan. hantaran 100% cap tangan aku. pergi berakad nikah muka aku. pergi hari bersanding sebelah pompuan muka aku jugak (bwk bunga telur). hari menyambut sebelah lelaki pon muka aku jugak! (as banker- tukang simpan duit tetamu bg) hahaha! pendek kata memang muka aku banyak lah masuk album untuk kenduri kali ni.
ikutkan rasa malas, x nak dh involve dlm kenduri kendara ni. penat weyhh! tapi memikirkan yang mak sedara aku ni x de anak pompuan terpaksa aku galas tanggungjawab ni. apa salahnya kan family sendiri.
yang penting semua dh settle. yeaaayyy!! back to normal life. back to current routine. and back to TTC.