Friday 1 March 2013

terkejar-kejar...

lebih dari seminggu x menyentuh blog aku ni, huhuhu..

banyak sgt hal2 emosi yang melanda aku sepanjang seminggu lepas. maka mendiamkan diri untuk seketika adalah prior option, walhal banyak gak la yang lakukan dlm seminggu tu.. hehe

21hb feb (khamis) : bendera merah dikibarkan..huhu sudah kuduga dia akan tetap berkunjung tiba walaupon lewat seminggu tanpa simptom2nya.. x pe aku cuba positive kan diri n fikiran. so aku pon berkira2 lah nak call balik LPPKN utk book appoinment. ptg tu jugak aku call guna tepon wad. hehe.. jimat kedit aku (dekutnye) harap2 operator HUKM tu x off kan call aku, sbb setiap panggilan keluar dr HUKM akan d rekodkn. kalau call utk hal2 personal and diaorg dpt detect, maka bersiap2lah utk dikenakan tindakan.. sadis kn...? seperti biasa call aku d sambut dengan baiknya.. crita punya crita, rupa2nya x yah wat appoinment pon kalau sekadar check darah, walk in je.. hehe.. oke.. aku plan esoknya aku nak pegi lah, esok dah CD2. dah ler keja syiff pagi esok, adoyai.. x pe aku cuba pegi jugak esok.

22hb feb (jumaat) : bersamaan CD2, habis syif pagi jam 2 ptg, terus je aku g tukar baju. (baju blouse memang aku dh standby siap kat bilik rehat kakitangan masa dtg keje pg td.) 2.15pm dh mula melangkah kuar wad ke parking kereta, dh x de nak tunggu enjin panas ke hape ke. yang aku tu nak cepat, rushing giler! masuk je jalan cheras, adoiiii.... terbelalak bijik mata aku! jalan jam kot! cmne aku nak sampai awal ni, semalam diaorg dh cakap kena dtg sebelum kol 3pm. huhu.. mula2 tu tension gak lak, macam hape tah aku bawak kereta. aku x peduli dah, selit sana sini. jiwa pon dh kacau..huhu..kejap2 aku tengok jam, aduhh.. dh pukul 2.45pm! aku masih stuck, kereta gerak setapak2.. sampai lah jam 2.55pm. aku masih di jalan cheras. aku tau aku x kan sempat. apa lagi, berguguranlah air mata di ptg jumaat tu.. memang air mata aku mudah datang. hati aku sedih sgt sebab x sampai LPPKN seperti sepatutnya. perasaan aku bercampur baur, marah sbb jln jam, geram sebab x dpt mtk husband tolong hantarkn dengan motornya, sedih sbb x dpt check darah. huhu.. aku x nak tunggu sebulan utk cycle seterusnya. kalau boleh aku nak cepat2 settle, x mau dh lambat2 utk treatment. akhirnya aku pujuk hati sendiri, mungkin hari ni bukan harinya. kalau marah2 pon tetap x selesai jugak kan. sabarkan hati je lah.. turn on CD player and layan lagu lagi bagus.. :)

aku nekad nak pegi hari isnin nanti, iaitu CD5 aku..

25hb feb (isnin) : jam 7pg masih di wad sbb aku keje syif mlm hari ahad. sebelom jam 6.30am aku settlekan smua keja lpas tu g toilet bertukar baju. aku mesti cepat sbb LPPKN bukak jam 7.30pg and lagi satu aku kena g mahkamah arini jam 9pg. huhh.. rushing day lagi ler gamaknya.. mlm td aku dh suh my husband tido kat wad je, senang aku nak kejutkan dia awal2 pagi sebab kol 7pg kitaorg mesti dh bertolak ke LPPKN. nasib baik ler dia setuju..hehe walaupun kitaorg bertolak ke LPPKN dengan nek motor je, tapi... masyallah jalan punya lah jam! nek motor pon x dapat gerak laju. huhu.. resultnya? kol 8pg  baru smpai LPPKN. huhu.. time tu dh ade dekat 5-6 pasangan menunggu. di sebabkan dh sampai, teruskan jelah.. ambik no giliran dan tunggu. dalam hati ingat nak cancel je, ptg nanti dtg balik. tapi disebabkan tadi husband dh bising2 sbb marah terpaksa harung jalan yg jam sampai emosi dia terganggu, so x jadi lah nak cancel. kitaorg pon sabar menunggu.. mata aku ni kejap2 tengok jam, hati dah gundah gulana takut lambat. dh ler nak ke mahkamah plak ni. huhuhu.. husband aku pon dh panas bontot nampaknya. sepatah kata pon aku x cakap, kalau aku bukak topik mesti aku kena sound. hehe.. so diam2 je lah.. jam 8.35am turn kitaorg sampai. ade interbiu sikit2, pastu terus ambik darah. darah aku dh selamat d ambik tapi darah husband aku x dapat2.. hehe.. aku dh agak dah mesti x dapat punya. aku penah nak ambik darah husband dulu utk wat test tp susah giler nak cari salur darah dia. lama gak la staff tu try2 cucuk, ade la 5-6 tempat tapi still x dapat2.. staff tu suh kuar jap, diaorg nak try lagi jap lagi. masa tu jam dh 8.55am. aku request nak balik dulu and ptg dtg balik sbb nak kena g mahkamah lak ni. nasib baik diaorg kasi. peguam aku kat mahkamah tu pon dh panas bontot, asik call2 je.. huhu.. aku paham sgt. oke rushing lagi lah kami ke mahkamah d petaling jaya plak. sampai kat mahkamah jam 9.20am.huhu.. husband aku bising x terkata dah. dia suh aku jawap kalau kena tanya. oke, aku redha je.. huhu.. terus aku cari peguam aku, katanya turn kitaorg dh lepas., tunggu next sesi. adoii.. maka jadilah kitaorg 'penunggu' kat mahkamah tu. sepangjang menjadi 'penunggu', husband aku asik membebel je... lebih baik aku diam, kalau aku join skali alamatnya mau temperature kami berdua sama2 naik.. mahkamah bersambung balik jam 12tgh hari, kes kitaorg selesai jam 12.30pm. so tugas aku plak nak selesaikan apa2 yang patut. jam 2.10pm dh selesai, balik rumah kononnya nak berehat. x sampai 15 minit dok kat rumah kitaorg teringat nak ke LPPKN balik sbb nak repeat ambik darah husband. diaorg dh remind td suh dtg sebelum jam 3ptg oke... adoyaii.. mata dah penat ni, dh ler semalaman x tido. x pe2 psycho diri jap, lpas settle nanti dh boleh tido sampai pagi esok. hehehe.. merempit la kitaorg ke LPPKN. sampai je kat Klinik, staff situ tgok muka kitaorg pon dah tau. hehehe.. glamernyer terasa.. kali ni diaorg x cucuk lagi dh utk amik darah, terus suruh kitaorg pegi ke tingkat 10(rasanya lah, x igt plak) iaitu makmal diaorg. husband sorang je masuk, aku malas nak ikut (dh penat sebenarnya) x sampai 10 minit husband keluar. senyum je.. beres katanya. rupa2nya ambik darah ikut cucuk hujung jari je. 6 titik je pon darah d ambik. huhu.. aku punya sampai 2 tube kot! redha je lah... hehe.. jam 3ptg, merempit lagi balik ke rumah. yes!! Home sweet home!! nak tido!!

My next appoinment x-ray HSG @ hospital Tawakkal pada 5hb mac 2013..

No comments:

Post a Comment