Saturday 7 February 2015

cerita sepanjang 2014 (part 5)

kali ni story time bulan puasa 2014,

bulan ramadhan 2014 aku lalui bersama2 dengan keadaan mabuk hamil. hari ramadhan pertama aku sambut di kampung, dengan mak aku. masa tu baru start demam2. mak aku pelik tengok cara aku counter demam. aku taw dia dah syak tapi macam was2. soalan dia x payah tanya la kan.. bila period? dah brp lama x dtg? macam2 lah.. semua soalan mak aku tu aku jawap sambil lewa + tipu sikit2.. hehe.. sampaikan mak aku pon dah malas nak layan aku sangat. maap mak... anak mak ni masih takot2 untuk lagi, takot kecewa di tengah jalan. di sebabkan aku dah start drama ni, terpaksala aku teruskan sampaila aku betul2 dah ready nak bagitaw kat mak aku. 4 hari berpuasa di kampung dalam keadaan mabuk hamil ni memang x terkata 'hebatnya'. tapi aku seboleh2nya tak mahu mengeluh@ mengaduh. sebab semua yang aku lalui ni kurniaan-Nya, yang aku tunggu2 selama bertahun2 sepanjang perkahwinan aku. kebetulan mak lang aku pon ada di kampung. ketidaksihatan aku memang buat mak aku dan mak2 sedara aku curios.

semua cakap aku ni dah 'lekat' aku senyum dan jawap 'belom masa dtg bulan lagi, tengoklah nati' padahal dalam hati aku punya lah risau kalau2 drama aku separuh jalan je. bersalah tu memang rasa bersalah, tapi rasa risau aku lagi tinggi. aku tahu ramai yang taruh harapan tinggi untuk aku pregnant. sebab tu jugak aku rahsiakan dulu, aku x mahu orang2 sekeliling aku kecewa sekiranya kuasa tuhan melebihi daya aku.

setiap hari aku panjatkan doa. doa2 kesyukuran, yang aku sendiri pon x sangka bahawa doa2 aku selama ni Dia dengar dan Dia makbulkan. baru sekarang aku realize, kata2 org selama ni yang menyuruh kita mengadu pada-Nya, mintalah pada-Nya memang betol. sedangkan dulu aku x berapa nak percaya.(secara jujurnya 50-50) Kuasa Allah SWT tu memang besar dan sekarang aku percaya. setiap hari aku berdoa semoga kandungan aku sentiasa dilindungi-Nya.


#teman2 TTC sekalian, berdoalah.. kerna DIa maha pendengar. berdoalah dengan seikhlas hati, insyaallah Dia akan tunaikan.. pija harap suatu hari nanti teman2 sekalian akan lalui masa yang kita tunggu2 selama ni. INsyaallah.. yang penting kita percayakan Dia. amiinn.. Ya Rabbal Alamaminnn..

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete