Monday 27 May 2013

terima kasih mak cik kerana memahami..

masih ada jugak insan yang  memahami perasaan insan- insan ber TTC ni. walaupon kebanyakkan sgt2 x memahami malahan siap bersindir2 lagi. sakit hati orang yang mengalami x pernah orang tahu. yang tahu selagi boleh 'dilumat-lumatkan' selagi tulah akan 'dikerjakan'.

kali ni aku nak cerita tentang sorang mak cik yang bagi aku sgt2 lembut hatinya. mak cik yang aku maksudkan ni adalah pesakit yang aku jaga di wad. kebanyakkan pesakit di wad aku bekerja ni memang mendapat rawatan ulangan. mereka semua adalah kanser darah dan limfoma. rawatan kemoterapi yang perlu mereka ambil memerlukan mereka semua masuk wad secara regular, ada yang masuk wad setiap 3 minggu, ada yang 5 minggu sekali, yang 3 bulan sekali pon ada. mak cik aku maksudkan ni adalah pesakit kanser darah, umur dh hampir 50an, rawatan yang diambil hanya sebagai 'maintainance' untuk kawal kanser je.. mak cik ni sgt sweet! aku masih ingat masa mula2 pertama kali mendapatkan rawatan kemoterapi, komplikasi yang di alami agak teruk tapi mak cik ni cuma ckp. ' buat ajalah dik, janji jadi elok'.. dialah pesakit yang sgt tidak banyak kerenah oke.. (^_^)

sebenarnya aku bukan nak bercerita/ promote pasal rawatan di wad aku yer, aku nak ceritakan yang mak cik ni sentiasa mendoakan aku. aku ingat lagi masa tu sambutan Hari Raya Qurban, aku berkeja syif pagi. Mak cik ni terpaksa di tahan di wad sebab mendapat jangkitan kuman. lama kami bersembang sbb pesakit x ramai masa tu. macam2 di ceritakan, mestilah cerita pasal nak sambut raya kn..hehehe..
last2 mak cik tanya kat aku, 'dik, dh kawen ko bolom?' aku jawab sejujurnya, ' sudah kawen mak cik'
lepas tu dpt soalan cepu-cemas seperti biasa, 'anak dh berapa?' dengan senyum je aku jawap,'belum ade rezeki mak cik' sambung tanya lagi. 'adik dh berapo lamo kawen dh?' 'dh setahun lebih mak cik' aku still jawap dengan rileks sebab cara mak cik ni tnya sangat x menyakitkan hati, lembut je caranya. agaknya mak cik tu perasaan mendung kt muka aku ni, maka dia pon cakap lagi, ' x polah dik, rezeki belom smpai lagi tu.' aku pn iyakan je lah. dh memang betol pon ape yang mak cik tu cakap.

ntah bila mak cik tu di discaj kan dari wad aku x tau sebab tengah bercuti raya.
selang beberapa bulan kemudian.. aku agak dalam 4 bulan adalah, maka mak cik tu masuk wad lagi.

sesi bertemu rindu bermula lagi. hubungan staf wad aku dengan pesakit agak baik sebab kitaorang memang saling mengenali. mana tak nya sekali diaorang masuk wad berminggu2 baru dapat balik.

aku bertemu kembali dengan mak cik tu masa kerja syif malam. mak cik dh siap2 nak landing tido dh tp aku plak dtg kacau untuk regular check up tekanan darah. sambil meraba perut aku mak cik tu cakap, 'belom ado lagi ke dik?' 'belom lagi mak cik' jawap aku dengan muka sayu + separa senyum. mak cik tu ckp lagi, 'nak buek mcmmano dik ya, kojo Allah taala'
'iye mak cik, usaha macam2 pon kalau Allah x kasi lagi nak buat mcmmn, usaha aje lah mak cik'
mak cik jawap,' ye lah dik, doa jolah.'
lepas tu aku pon mtk diri nak pegi check pesakit lain plak.. gitu lah al-kisahnya.. dalam hati aku cuma boleh berdoa je utk kesihatan mak cik ni. sekalipon Allah SWT suatu hari nanti nak ambil semula dia, aku harap urusannya di permudahkan.. amiin..
sbbnya ?? dr pengalaman aku sendiri menjaga pesakit2 kanser di sini, byk sgt dh kes semasa nyawa pesakit ni nak 'di ambil' ada yang sgt2 susah utk pesakit2 yang cerewet. ada yang smpai berminggu2 menderita utk nyawa di lepaskan. tapi untuk pesakit yang 'sweet2' n baik hati sgtlah mudah nyawanya di ambil. aku harap mak cik tergolong dgn mereka2 yg 'sweet' ni. ^_^

2 comments:

  1. Smg org yg mak cik sweet lebih ramai di mukabumi ni.. Takde la ttcian asik menjeruk rasa sbb mulut2 yg x insurance.... Huhuhuhu :-)

    ReplyDelete
  2. huhuhu.. memang TTCian ni asik menjeruk rasa hati je kn. kalau beria pon nak omel jugak cuba la bg semangat ker, suggestion ker.. ini asik nak kondem kiter je..
    tq sweet tooth ber-komen2 :)

    ReplyDelete