Saturday 18 May 2013

awaiting 28 hb mei 2013

betullah kata orang penantian tu satu penyeksaan. aku sekarang tengah melalui tempoh berdebar-debar. sebab?? nak tunggu tarikh tu lah. uhuhu..

kalau x silap awal bulan mei lepas kan aku ade post yang 6 hb kena wat IUI kan. so sekarang ni aku tengah menanti tempoh2 menunggu lah. huh.. tak suka lah tempoh ni, next appoinment kat LPPKN 28hb mei. seyes memang buat aku berdebar-debar. berapa hari lagi nak kena tunggu nih..! kalu nak dihitung start hari ni ade la dalam 9 hari lagi nak tunggu. huwaaaa!!! lamanya nak tunggu! memang penyeksaan!

 kalau nak diikutkan seminggu yang lepas simptom2 cik P nak datang memang dh ade, breast dh sakit2, belakang pinggang pon dah sakit.. dan paling ketara sekali perubahan MOOD aku!!  memang jelas teramat yg emosi aku sgt2 x stabil, bukan aku je rasa macam tu. staf2 kat tempat keje pon perasan hal yang sama. ! kalu datang keje pagi, jgn la sesapa berani nak tegur2 / usik2 aku, memang nahas la. bukan setakat jelingan tajam je, silap2 kena tolak dgn aku. hehe kesian kat diaorang yang terkena tu. sampaikan ade sorang member aku ni cakap, 'ko ni kenapa? mengandung ke ape?' di mulut aku cuba nafikan tapi dalam hati berbunga2! amiin.. diaorang semua tertanya2 kenapa aku macam ni. aku jawap senang je,' nak tunggu period lah!'.  mujurlah diaorg x amek hati sangat dengan aku, lagipon aku  ni jenis yang suka buat hal sendiri. malas nak bersosial sgt sbb takut disakiti ataupon menyakiti.  lagi satu simptom yang aku cukup x tahan ialah aku alami gatal2!! satu badan kot. semua ni jadi sebelum IUI lagi tapi lepas IUI makin menjadi2 la plak. agaknya sebab tu kawan aku yang sorang ni suspek aku preggy, sbb katanya time dia preggy dulu pon dia dapat gatal2 macam aku ni lah. tapi aku jawab acuh tak acuh je sebab aku tau yang gatal2 ni start lepas je aku habeh amek clomid. tak pe, aku cuba repair sendiri dengan ubat2 kat tempat keje aku ni ha.. memang2 macam2 dh jenis krim2 and ubat makan aku angkut. hahaha! setakat ni dh masuk jenis ke-5 krim tapi still gatal2.. huhu.. sabo je lah..

sehingga sekarang aku masih menaruh harapan, aku akan tunggu sehingga semua di sahkan walaupon penantian tu satu penyeksaan. aku akan tetap berfikir positive! hooyeahhh!!  (^_^)(")

No comments:

Post a Comment