Sunday 12 May 2013

sambungan 'di atas sempadan keadaan'

continue...

proses cuci2 miss v dimulakan, kemudian alat paling femes org suka sebut iaitu 'mulut itik' dimasukkan. aku memang sengaja ngangkang luas2, bukan menggatal oke. sbb aku tau kalau aku buka sikit2 confirm sakit. lagipun suasana yang gelap kat situ buatkan aku jadi x berapa malu. hehe.. alhamdulillah memang x sakit. lepas tu DR pon suh selawat banyak2 sbb dia nak masukkan tiub, badan kena relaks baru la bukaan serviks tu pon relaks. x de la sakit time nak masuk tiub tu. masa nak masukkan benih husband melalui tiub lagi sekali aku diingatkan untuk berselawat. kali ni 'dayang2 DR' bersama2 ingatkan. memang macam2 lah yang aku baca sampai la proses tu dh siap skalipon aku still berdoa. macam2 jenis ayat yang terlintas kat otak aku time tu aku baca. bila semua dh siap, nurse tu pesan kekalkan posisi begini sehingga nma di panggil baru bangun. DR ghafar pon ade pesan supaya aku tak mengeras kan bahagian bawah abdomen. mungkin dia x nak aku main kemut2 supaya sperma td tak di 'push' keluar. diaorg pon beredar ke pesakit sebelah plak. maka tinggallah aku sorng2.. huhuhuhu...

aku?? apa yang aku rasa?? seyes aku nak bgtau time lepas je sperma tu di masukkan aku memang rasa SENAK GILER!! rasa mcam cramp pon ada. sebenarnya rasa senak ni memang aku dh rasa dr jam 8pg tadi lagi cuma rasa sakit tu x de la sekuat selepas prosedur tu. tapi lepas prosedur makin kuat la plak.. adoiii! aku cuba positivekn diri. anggap je x de pape. dalam poses kuarantin tu macam2 aku baca surah, sampaikan nak terlelap pon ada. hihihi.. mana taknya, dh ler lampu kt bilik tu malap2 je, air cond yang sejuk, suasana yang sunyi, hahaha! seingat aku ada la dekat 3 kali nak terlelap! tapi cepat2 aku sapu muka nak elak mengantuk. org yg kat sebelah aku ni lagi advance, siap berdengkur lagi. hahahaha!! aku agak dia mungkin x sihat sebab dari masuk lagi aku dh dengar dia dok sok sek sok sek! mungkin dia ade makan ubat selsema, sebab tu la agaknya dia ngantok.

lepas 30minit aku agak, nama pon di panggil. perlahan2 aku turun dari katil. pakai balik kain kemudian keluar. kat luar nurse dh tunggu dengan buku appoinment aku, and MC. pesannya, untuk 3 hari ni mesti kerap bersama dengan suami, tunggu sampai 28hb kalau still x period dtg balik klinik oke. lepas ucap thanks, aku pon menapak keluar. adoiii! makin menjdi2 la plak senak ni, aku tahan je. kat luar husband dh tertido menunggu aku. lepas terangkan ape yng nurse tu cakap kami pon pulang ke 'Home Sweet Home'.

sampai je kat rumah aku panaskan lauk pauk semalam, makan nasi, then tido! senak aku ni x berkurang langsung! makin bertambah lagi adala. dh macam senggugut pon ada. husband terus pergi kerja, walau pon ada mc tapi dia x nak cuti sebab dia pon masih baru lagi kerja kat situ. nak jaga rekod katanya. oke yang ni aku salute! hehe.. sampai ke petang pon still sakit, sampai kan aku rasa dh macam kena appendik pon ada. pergi toilet nak buang air kecik tapi cramp yg aku rasa ni buat aku rasa macam nak buang air besar tapi bukan. last2 terlentang balik atas katil. ade gak terpikir nak tepon klinik balik nak tanya memang macam ni ke rasa lepas IUI?? last2 aku pujuk diri suh sabar je tunggu sampai esok, kalu sama je rasanya baru call diaorg.

dekat maghrib husband bailk, aku mengadu x tahan sakit. husband suh aku sabar dulu, tunggu sampai esok. tapi sempat plak dia wat lawak, ayatnya gini "abg rasa syg sakit sebab telur syg tu banyak sgt, kan ari tu masa scan telur syg banyak kat sebelah kanan sebab tu sakit lebih kt situ. tah2 sakit tu sebab telur tu dh nak pecah, tu yang jadi macam ni" huh... buat lawak tapi bila aku pikir ada logiknya juga. lagipon tiub sebelah kanan aku memang sempit, sebab tu la agaknya masa DR Ghafar flush kan sample tu aku ada sakit. aku pon tak nak pikir banyak, malam tu tido awal. BD? hmm.. memang x lah, tengah sakit gini nak ber BD? ooohhh tidak...

esoknya aku bagun pagi, alhamdulillah sakit dh kurang tapi still sakit tau. berehat lagi di rumah sebab dh mintak nak cuti hari ni.

lusanya plak, sakit dh x ade! memang sahla aku sakit sebab telur nak menetas ler tu. hihihi.. pikir2 balik kelakar pon ada. sakit telur nak menetas rupanya..

sekarang tinggal menghitung hari sahaja... hope will be a miracle! (^_^)

No comments:

Post a Comment