Friday 31 May 2013

mencari-cari penawar sesuai untuk menaikkan hormon progesteron..

my 1st IUI failed as i mention before, tp itu x mematahkan semangat aku langsung oke! sebaliknya aku lebih bersemangat!! yeahh semangat!!!!  yup memang aku ingat nak rest tp bukan 'shut down' terus. aku still usaha cuma kaedahnya lain jer.. aku nak WITHOLD kan dulu treatment aku kat LPPKN tu dulu. aku nak try cara lain. kenapa aku bersemangat sangat nie??? sebabnya aku da tau problem aku, and aku decide nak SIHAT!! tubuh badan sihat adalah key utk segalanya. betul x?? sedangkan sebelum ni aku x jaga pemakanan aku langsung! main hentam makan je, janji perut x berkeroncong. kih kih kih.. so sekarang dh start bertaubat.

 PEMAKANAN.
dah banyak blog2 rakan2 TTC yang aku baca  mengenai pemakanan ni. ramai yang menggalakkan pemakanan yang betul untuk di amalkan. dulu aku x kisah sangat bila diaorang tekankan tentang hal ni. aku lebih suka rawatan secara moden. maybe sebab aku sendiri bekerja di bidang ni, maka aku taksub dengan perawatan moden. hehehe.. tapi bila dh aku sendiri alami kegagalan IUI pertama aku, otak aku dah mula berpikir semula.
maybe ada baiknya aku cuba cara yang x melibatkan rawatan moden. aku cuba kembalikan diri aku kepada keadaan asal dulu. (as before my 1st and 2nd pregnancy + before consuming marvelon)
apa yang aku tau sekarang tahap level hormon progesteron aku rendah. (side effect marvelon) so aku perbetulkan semula apa yang perlu aku betulkan. my mission is to correct my hormone level back! i need it backkk!! (dlm hati sgt menyesal amek marvelon dulu)

aku akan mencari jenis pemakanan yang dapat naikkan balik hormon progesterone aku.
ooh Mr Google and Mr Yahoo! please help me!
sesape nak tolong meh jOin skali.. heee...
oke nak start men'Searching' lah, bye byee!!

Monday 27 May 2013

terima kasih mak cik kerana memahami..

masih ada jugak insan yang  memahami perasaan insan- insan ber TTC ni. walaupon kebanyakkan sgt2 x memahami malahan siap bersindir2 lagi. sakit hati orang yang mengalami x pernah orang tahu. yang tahu selagi boleh 'dilumat-lumatkan' selagi tulah akan 'dikerjakan'.

kali ni aku nak cerita tentang sorang mak cik yang bagi aku sgt2 lembut hatinya. mak cik yang aku maksudkan ni adalah pesakit yang aku jaga di wad. kebanyakkan pesakit di wad aku bekerja ni memang mendapat rawatan ulangan. mereka semua adalah kanser darah dan limfoma. rawatan kemoterapi yang perlu mereka ambil memerlukan mereka semua masuk wad secara regular, ada yang masuk wad setiap 3 minggu, ada yang 5 minggu sekali, yang 3 bulan sekali pon ada. mak cik aku maksudkan ni adalah pesakit kanser darah, umur dh hampir 50an, rawatan yang diambil hanya sebagai 'maintainance' untuk kawal kanser je.. mak cik ni sgt sweet! aku masih ingat masa mula2 pertama kali mendapatkan rawatan kemoterapi, komplikasi yang di alami agak teruk tapi mak cik ni cuma ckp. ' buat ajalah dik, janji jadi elok'.. dialah pesakit yang sgt tidak banyak kerenah oke.. (^_^)

sebenarnya aku bukan nak bercerita/ promote pasal rawatan di wad aku yer, aku nak ceritakan yang mak cik ni sentiasa mendoakan aku. aku ingat lagi masa tu sambutan Hari Raya Qurban, aku berkeja syif pagi. Mak cik ni terpaksa di tahan di wad sebab mendapat jangkitan kuman. lama kami bersembang sbb pesakit x ramai masa tu. macam2 di ceritakan, mestilah cerita pasal nak sambut raya kn..hehehe..
last2 mak cik tanya kat aku, 'dik, dh kawen ko bolom?' aku jawab sejujurnya, ' sudah kawen mak cik'
lepas tu dpt soalan cepu-cemas seperti biasa, 'anak dh berapa?' dengan senyum je aku jawap,'belum ade rezeki mak cik' sambung tanya lagi. 'adik dh berapo lamo kawen dh?' 'dh setahun lebih mak cik' aku still jawap dengan rileks sebab cara mak cik ni tnya sangat x menyakitkan hati, lembut je caranya. agaknya mak cik tu perasaan mendung kt muka aku ni, maka dia pon cakap lagi, ' x polah dik, rezeki belom smpai lagi tu.' aku pn iyakan je lah. dh memang betol pon ape yang mak cik tu cakap.

ntah bila mak cik tu di discaj kan dari wad aku x tau sebab tengah bercuti raya.
selang beberapa bulan kemudian.. aku agak dalam 4 bulan adalah, maka mak cik tu masuk wad lagi.

sesi bertemu rindu bermula lagi. hubungan staf wad aku dengan pesakit agak baik sebab kitaorang memang saling mengenali. mana tak nya sekali diaorang masuk wad berminggu2 baru dapat balik.

aku bertemu kembali dengan mak cik tu masa kerja syif malam. mak cik dh siap2 nak landing tido dh tp aku plak dtg kacau untuk regular check up tekanan darah. sambil meraba perut aku mak cik tu cakap, 'belom ado lagi ke dik?' 'belom lagi mak cik' jawap aku dengan muka sayu + separa senyum. mak cik tu ckp lagi, 'nak buek mcmmano dik ya, kojo Allah taala'
'iye mak cik, usaha macam2 pon kalau Allah x kasi lagi nak buat mcmmn, usaha aje lah mak cik'
mak cik jawap,' ye lah dik, doa jolah.'
lepas tu aku pon mtk diri nak pegi check pesakit lain plak.. gitu lah al-kisahnya.. dalam hati aku cuma boleh berdoa je utk kesihatan mak cik ni. sekalipon Allah SWT suatu hari nanti nak ambil semula dia, aku harap urusannya di permudahkan.. amiin..
sbbnya ?? dr pengalaman aku sendiri menjaga pesakit2 kanser di sini, byk sgt dh kes semasa nyawa pesakit ni nak 'di ambil' ada yang sgt2 susah utk pesakit2 yang cerewet. ada yang smpai berminggu2 menderita utk nyawa di lepaskan. tapi untuk pesakit yang 'sweet2' n baik hati sgtlah mudah nyawanya di ambil. aku harap mak cik tergolong dgn mereka2 yg 'sweet' ni. ^_^

Thursday 23 May 2013

tak payah dah tunggu 28 hb mei :(

2ww.. today is the end..
22 mei.. cik 'P' dtg dengan setianya, sama seperti bulan2 sebelumnya..
hmmm.. memang dh diduga seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, tp ada sebahagian dr hati aku tetap menafikan. maka sebab itu aku masih berharap. but then today is the end..
the time not belong to me.. aku redha.. aku tahu ketentuan yang Allah SWT sediakan untuk aku lebih baik dr segalanya, aku yakin Allah SWT punya perancangan yang lebih baik untuk aku. aku sgt yakin! semangat aku x kan luntur. aku akan tetap usaha. x kan ada sesuatu yang kita hendak akan jatuh dr langit kan??

aku ingat nak rehat sekejap. malas nak continue appoinment LPPKN. aku ada urusan peribadi lain yang perlu aku uruskan. hal keluarga d kampung lebih penting dari segalanya, sama juga urusan rumahtanggaku. itu pon tanggungjawab yang Allah SWT berikan untuk aku. kalau tanggungjawab yang ini pon aku x dapat galas, macam mana aku bawa tanggungjawab yang lain kan?? Insyaallah.. aku x kan give up!

next progression will be update soon.. assalamualaikum..

Saturday 18 May 2013

awaiting 28 hb mei 2013

betullah kata orang penantian tu satu penyeksaan. aku sekarang tengah melalui tempoh berdebar-debar. sebab?? nak tunggu tarikh tu lah. uhuhu..

kalau x silap awal bulan mei lepas kan aku ade post yang 6 hb kena wat IUI kan. so sekarang ni aku tengah menanti tempoh2 menunggu lah. huh.. tak suka lah tempoh ni, next appoinment kat LPPKN 28hb mei. seyes memang buat aku berdebar-debar. berapa hari lagi nak kena tunggu nih..! kalu nak dihitung start hari ni ade la dalam 9 hari lagi nak tunggu. huwaaaa!!! lamanya nak tunggu! memang penyeksaan!

 kalau nak diikutkan seminggu yang lepas simptom2 cik P nak datang memang dh ade, breast dh sakit2, belakang pinggang pon dah sakit.. dan paling ketara sekali perubahan MOOD aku!!  memang jelas teramat yg emosi aku sgt2 x stabil, bukan aku je rasa macam tu. staf2 kat tempat keje pon perasan hal yang sama. ! kalu datang keje pagi, jgn la sesapa berani nak tegur2 / usik2 aku, memang nahas la. bukan setakat jelingan tajam je, silap2 kena tolak dgn aku. hehe kesian kat diaorang yang terkena tu. sampaikan ade sorang member aku ni cakap, 'ko ni kenapa? mengandung ke ape?' di mulut aku cuba nafikan tapi dalam hati berbunga2! amiin.. diaorang semua tertanya2 kenapa aku macam ni. aku jawap senang je,' nak tunggu period lah!'.  mujurlah diaorg x amek hati sangat dengan aku, lagipon aku  ni jenis yang suka buat hal sendiri. malas nak bersosial sgt sbb takut disakiti ataupon menyakiti.  lagi satu simptom yang aku cukup x tahan ialah aku alami gatal2!! satu badan kot. semua ni jadi sebelum IUI lagi tapi lepas IUI makin menjadi2 la plak. agaknya sebab tu kawan aku yang sorang ni suspek aku preggy, sbb katanya time dia preggy dulu pon dia dapat gatal2 macam aku ni lah. tapi aku jawab acuh tak acuh je sebab aku tau yang gatal2 ni start lepas je aku habeh amek clomid. tak pe, aku cuba repair sendiri dengan ubat2 kat tempat keje aku ni ha.. memang2 macam2 dh jenis krim2 and ubat makan aku angkut. hahaha! setakat ni dh masuk jenis ke-5 krim tapi still gatal2.. huhu.. sabo je lah..

sehingga sekarang aku masih menaruh harapan, aku akan tunggu sehingga semua di sahkan walaupon penantian tu satu penyeksaan. aku akan tetap berfikir positive! hooyeahhh!!  (^_^)(")

selamat hari ibu!! (nak sebok jugak walaupon dh lewat)

Seronok kan ade sambutan Hari Ibu. sebelum ni pija x pernah nak alert sgt pon pasal hari Ibu ni walaupon dr time sekolah lagi akan heboh sambutan setiap kali menjelang. sedih kan pija ni, x nak hargai sgt sambutan ni. bukan ape, memang pija x sambut pon hari special ni bila tiba waktunya sbb birthday emak pija pon dh 10hb mei. tiap2 tahun memang wish birthday mak je lah, nak wish hari ibu x de dh la.. hehe.. selang 2 hari je kot.  ape pon mak tetap yang teragung di hati. tapi itu kisah dulu kala.. zaman muda mudi katakan.. hehe.. tapi sekarang dh lain, dh berumah tangga pon.

bila dh berumah tangga ni, situasi memang dh lain. tak sangka la pulak sambutan hari ibu tahun ni cukup2 beri kesan di hati kecik ni. huhuhu....  ye lah, bagi kita yang ber-TTC ni, bila naluri nak menjadi ibu sgt2 tinggi + pulak dengan sambutan ni, hati jadi sgt2 sayu.. masih menanti untuk mendapat title 'ibu'.. hmm.. sedihnya..  sebak plak hati ni.. (T_T)

ni ade citer skit aku nak share, bukan ape cuma nak luahkan ke-GERAM-an. al-kisah ni berlaku di tempat selalu lah, tempat keje aku. tak silap hari tu 11hb mei. aku ni baru masuk keje ptg, manusia yg 'terbabit' keje pg. baru start syif n baru nak mulakan keje, si 'makhluk Allah' ni plak dh abeh syif, tgh tunggu laki dia dtg amek. lokasi kejadian di kaunter jururawat (tempat lepak). tiba2 ntah sape lah g bukak cerita yg esok adalah Hari Ibu. kemudian insan2 yang melepak kat kaunter pon mulalah cerita n mula menge-Wish selamat Hari Ibu antara satu sama lain. aku x kisah pon diaorg nak wish2 ni. tapi si 'makhluk Allah' yang byk kali selalu sakitkan hati aku ni macam sengaja je nak sakitkan hati aku lagi hari tu. aku ni dok kat sebelah dia je pon, boleh plak dijangkaunya tangan sorang staff yg tgh preggy kat sebelah aku, kira aku dok tgh2 diaorg. konon2 nak wish kat staff sorng ni lah.  lepas tu di wish kan pulak kat staf yang dok 3meter jauh dari dia dgn suara kuat2, n staff2 lain. aku yang kat tgh2 situasi ni di buatnya macam tunggul je. eeeiii! GERAM!! aku tau dia sengaja nak sindir aku. si staff yg preggy ni dapat paham reaksi aku, dia pon senyap je.. just ucap thanks.. aku agak dia memang paham keadaan hati aku masa tu. .aku tau  la 'makhluk Allah' ni sonok dgn 2nd pregnancy dia skrg. tapi tolongla, aku pon ada sekeping hati macam korang jugak, kenapalah hati aku selalu je korang nak sakitkan. sedih. memang aku sedih sgt2.. terus aku bangun n pergi dari situ. lebih baik aku pergi buat kerja, dari hati aku terus menerus kena toreh.. sala ke kalau korang wish kn utk aku jugak? wish je la supaya suatu hari nanti turn aku plak jadi mummy. kenapalah pemikiran diaorang begitu. apa banyak sangat ke salah aku kat korang sampai macam tu sekali korang nak 'lumatkan' aku.  x sedar ke yang aku ni pon mak jugak? mak sedara kpd anak2 buah aku?? hina sgt ke kalu aku belum ade zuriat??
aku pon dah letih dengan insan2 macam tu. x pernah nak paham situasi aku. biarlah.. biarlah apa sekalipon aku x kan sekali2 nak mengadu pada korang, cukup aku mengadu padaNya. sekurang2nya hati aku x di sakiti olehNya macam korang buat pada aku.

sejak dari peristiwa2 seumpama ni berlaku di tempat keje aku, aku pon dh x de mood nak bersembang2 @ bersosial dgn diaorg lagi dah.. aku tau sampai tmpat keje, wat keje. x payah nak sembang2  + cerita2 itu ini. maap ye.. aku dh serik nak bersharing2 ngan korang lagi, silap2 haribulan aku kena balik.
 (-_-)

#sabarlah duhai hati... sesungguhnya Dia sedang menguji hambanya..

Sunday 12 May 2013

sambungan 'di atas sempadan keadaan'

continue...

proses cuci2 miss v dimulakan, kemudian alat paling femes org suka sebut iaitu 'mulut itik' dimasukkan. aku memang sengaja ngangkang luas2, bukan menggatal oke. sbb aku tau kalau aku buka sikit2 confirm sakit. lagipun suasana yang gelap kat situ buatkan aku jadi x berapa malu. hehe.. alhamdulillah memang x sakit. lepas tu DR pon suh selawat banyak2 sbb dia nak masukkan tiub, badan kena relaks baru la bukaan serviks tu pon relaks. x de la sakit time nak masuk tiub tu. masa nak masukkan benih husband melalui tiub lagi sekali aku diingatkan untuk berselawat. kali ni 'dayang2 DR' bersama2 ingatkan. memang macam2 lah yang aku baca sampai la proses tu dh siap skalipon aku still berdoa. macam2 jenis ayat yang terlintas kat otak aku time tu aku baca. bila semua dh siap, nurse tu pesan kekalkan posisi begini sehingga nma di panggil baru bangun. DR ghafar pon ade pesan supaya aku tak mengeras kan bahagian bawah abdomen. mungkin dia x nak aku main kemut2 supaya sperma td tak di 'push' keluar. diaorg pon beredar ke pesakit sebelah plak. maka tinggallah aku sorng2.. huhuhuhu...

aku?? apa yang aku rasa?? seyes aku nak bgtau time lepas je sperma tu di masukkan aku memang rasa SENAK GILER!! rasa mcam cramp pon ada. sebenarnya rasa senak ni memang aku dh rasa dr jam 8pg tadi lagi cuma rasa sakit tu x de la sekuat selepas prosedur tu. tapi lepas prosedur makin kuat la plak.. adoiii! aku cuba positivekn diri. anggap je x de pape. dalam poses kuarantin tu macam2 aku baca surah, sampaikan nak terlelap pon ada. hihihi.. mana taknya, dh ler lampu kt bilik tu malap2 je, air cond yang sejuk, suasana yang sunyi, hahaha! seingat aku ada la dekat 3 kali nak terlelap! tapi cepat2 aku sapu muka nak elak mengantuk. org yg kat sebelah aku ni lagi advance, siap berdengkur lagi. hahahaha!! aku agak dia mungkin x sihat sebab dari masuk lagi aku dh dengar dia dok sok sek sok sek! mungkin dia ade makan ubat selsema, sebab tu la agaknya dia ngantok.

lepas 30minit aku agak, nama pon di panggil. perlahan2 aku turun dari katil. pakai balik kain kemudian keluar. kat luar nurse dh tunggu dengan buku appoinment aku, and MC. pesannya, untuk 3 hari ni mesti kerap bersama dengan suami, tunggu sampai 28hb kalau still x period dtg balik klinik oke. lepas ucap thanks, aku pon menapak keluar. adoiii! makin menjdi2 la plak senak ni, aku tahan je. kat luar husband dh tertido menunggu aku. lepas terangkan ape yng nurse tu cakap kami pon pulang ke 'Home Sweet Home'.

sampai je kat rumah aku panaskan lauk pauk semalam, makan nasi, then tido! senak aku ni x berkurang langsung! makin bertambah lagi adala. dh macam senggugut pon ada. husband terus pergi kerja, walau pon ada mc tapi dia x nak cuti sebab dia pon masih baru lagi kerja kat situ. nak jaga rekod katanya. oke yang ni aku salute! hehe.. sampai ke petang pon still sakit, sampai kan aku rasa dh macam kena appendik pon ada. pergi toilet nak buang air kecik tapi cramp yg aku rasa ni buat aku rasa macam nak buang air besar tapi bukan. last2 terlentang balik atas katil. ade gak terpikir nak tepon klinik balik nak tanya memang macam ni ke rasa lepas IUI?? last2 aku pujuk diri suh sabar je tunggu sampai esok, kalu sama je rasanya baru call diaorg.

dekat maghrib husband bailk, aku mengadu x tahan sakit. husband suh aku sabar dulu, tunggu sampai esok. tapi sempat plak dia wat lawak, ayatnya gini "abg rasa syg sakit sebab telur syg tu banyak sgt, kan ari tu masa scan telur syg banyak kat sebelah kanan sebab tu sakit lebih kt situ. tah2 sakit tu sebab telur tu dh nak pecah, tu yang jadi macam ni" huh... buat lawak tapi bila aku pikir ada logiknya juga. lagipon tiub sebelah kanan aku memang sempit, sebab tu la agaknya masa DR Ghafar flush kan sample tu aku ada sakit. aku pon tak nak pikir banyak, malam tu tido awal. BD? hmm.. memang x lah, tengah sakit gini nak ber BD? ooohhh tidak...

esoknya aku bagun pagi, alhamdulillah sakit dh kurang tapi still sakit tau. berehat lagi di rumah sebab dh mintak nak cuti hari ni.

lusanya plak, sakit dh x ade! memang sahla aku sakit sebab telur nak menetas ler tu. hihihi.. pikir2 balik kelakar pon ada. sakit telur nak menetas rupanya..

sekarang tinggal menghitung hari sahaja... hope will be a miracle! (^_^)

Friday 10 May 2013

di atas sempadan keadaan.

PRU oh PRU.. semua org sebok dengan PRU. jam 8 mlm, 5hb mei, aku n husband dh mengadap Tv, x sabar kot nak tau keputusan PRU. tunggu punya tunggu kt depan tv, jam dh dekat 11mlm. aduhh.. baru sikit keputusannya bila nak abeh ni. hishh.. mata dh ngantok oke..

hmmmm.. ingat aku ni excited sgt ker nak tau keputusan PRU tuh.. oh.. tidak! aku tunggu sbb nak tau sama ada esok cuti am atau tak. tu je.. hati ni x aman oke.. buat masa ni hati aku x berminat sgt tentang politik bukan sbb x kisah tapi aku lebih risau kan telur aku yang bakal menetas jam 8pg esok! huwaaaa!!! kalau betollah esok pagi PM kita umum cuti am maknanya klinik pon tutup la. habis tu telur aku ni dh nak menetas cmmn plak?? IUI??? huhuhuhuuu.. (T_T)

tunggu lagi..... jam dh 12mlm... masih tiada cerita..

tunggu lagi.... jam 1pg. ada sidang media. PM umum yang dia berterima kasih sebab rakyat masih percayakan Barisan Nasional. itu je la yg aku paham dr ucapan dia yang panjang lebar tu. tapi still x de pon announce yg esok cuti. ishh.. cammana plak ni..

maka aku decide nak tido. tp sebelum tu sempat bincang ngan husband tentang hal esok. last skali kitaorg decide nak kuar jam 615pg pegi klinik LPPKN. nak confirmkan sama ada betul ke klinik tu tutup atau tak. tapi kitaorg ada siap buat back up plan jugak, kalu betul klinik tutup kenalah ikut PLAN B yang DR Ghafar bagi hari tu. mesti 'bersama' jam 8pg. tapi kalu nak ber-BD jam 8 pagi memang x sempatlah nak sampai rumah kn.. husband bg cadangan check in hotel je.. oke setuju! dapatlah aku tido dgn aman.. zzzzzzzz...

esoknya jam 6.30 baru kitaorg kuar rumah. hahaha! terbabas tido! terkocoh2 la kitaorg bersiap. tapi solat subuh x boleh tinggal, itu kewajipan. sepanjang perjalanan jalan sepi! aduhh.. risau la kalu klinik tutup. tapi aku x nak pikir sgt sbb rumah aku kt PJ, lagi pon selangor memang dh sah2 cuti cuma area K.Lumpur je x tau status. sampai Klinik LPPKN jam 7pg. terus pegi kat lobi bangunan, eh.. klinik bawah separuh bukak! hati dah berbunga riang nih! terus je aku tempat daftar pelawat. tapi x de org kt situ. tinjau2 punya tinjau, terjojol lah keluar kepala seorang lelaki kat belakang kaunter tu.. terus aku cakap nak daftar naik ke tingkat 6. 'encik' tu pon cakap, 'klinik buka jam 7.30 yer'.. yeaayyy!! klinik buka!! barulah muka aku ni boleh seyummmm.. husband aku pon dh tarik nafas lega. sekarang tinggal nak tunggu jam 7.30pg je, jam sekarang 7.05pg.. ape lagi menapak ler cari breakfast. cafe dlm bangunan LPPKN ni tutup hari ini. mujur cafe di bangunan MARA bukak, RM 8.50 langsai... hehe..

jam 7.30pg dh masuk klinik, pergi register husband utk ke 'bilik hikmat' kumpulkan benih2nya.. aku tunggu je kat tingkat 6 tu. dalam hati x putus2 berdoa mintak di permudahkan segalanya.. tunggu dan terus menunggu... tgok jam, dh pukul 8pg. ishh.. lamenyer.. telur dh nak kuar ni, husband aku x selesai2 lagi ke. tunggu lagi.. jam dh 8.30 pg, batang hidung x nampak lagi. ishh... agaknya jadi macam ari tu lagi x..? macam ari 1st nk dtg nak buat semen analysis bukan main susah lagi nak dapat sample dia tu. mahal toi!! jam 845am baru nampak si husband ni. dtg tersengih2.. dh lega lah tu. hahahaha!! tanya punya tanya, alhamdulilah.. bab laki aku dh selesai, tinggal bab aku je.

tunggu lagi...

jam 930pg.. masih menunggu...

jam 10pg.. masih jugak menunggu.. aduhhh.. lame lagi ke turn aku nak kena panggil ni, kalu ikut jam dh lama dah telur menetas ni.

jam 1015pg, dapat call..

wanita: 'hello, pn siti norfariza ke? puan di mana ye, DR dh lama tunggu nak buat IUI ni..'

aku:'hah?? sy di tingkat 6, tempat menunggu'

wanita:'pn dh buat bayaran IUI? nanti naik tingkat 7 ye, cepat sikit. DR dh lama tunggu ni'

aku:'err... oh.. kat tingkat 7 ke? sy ingat tingkat 6. oke2, saya dtg sekarang'

aduhh.. cammana plak aku boleh tunggu kat sini. rupa2nya kat tingkat 7. terus aku pergi buat payment IUI RM350 lepas tu naik tingkat 7. setahu aku tingkt 7 tu tempat 'bilik2 hikmat' je.. aku masuk terus tanya petugas kat kaunter tu. betul ke ni tempat untuk IUI. memang betul rupanya kat situ lah tempat untuk IUI. aku di suruh menuggu kat tempat menunggu. di situ ramai gak la bapak2 yg menunggu bini2 mereka. oohh... ramai gak ye yg buat IUI ari ni, ingat aku je... hak hak hak!

tunggu lagi..

macam2 doa/ surah/zikir, semua yang terlintas kat otak aku ni aku baca. serius berdebar2.. husband aku ke KL kejap, amek pick up dr opis katanya. menunggulah aku dengan dub dab dub dab..

jam 1030am. masih menunggu..

jam1045am. masih juga menunggu

aih.. lamenye, td kata DR dh lama tunggu. aku amek HP call balik no yg call aku td. x berjawap..

tunggu lagi..

jam11.05am, nama aku di panggil. aku pon masuk. ade 6 katil semuanya. 3 katil dh ber-screen. maknanya 3 org dh di -IUI kan. aku org ke 4. aku pon baring atas katil macam yg di arahkan petugas kat situ, aku rasa NUrse kat bahagian tu lah. posisi aku x yah cakap, korang paham kan. aku tunggu ade la dalam 1o-15minit. dtg la DR Ghafar bersama peralatan2 and pembantu2 nya. salam di ber DR Ghafar aku jawap. sample sperma suami aku di tunjukkan pada aku untuk buat pengesahan. oke aku dh sahkan, betul! bukan benih org lain. hehe..

ade lagi nak citer nih tapi den dh lotih.. bersambung nanti ye.... zzzzzz...

Saturday 4 May 2013

berdebar- debar nak tunggu malam nie

malam tadi husband dh tau PLAN A dan PLAN B. semua dh diterangkan sebagaimana dr Ghafar terangkan. hmm.. selangor dh confirm esok cuti. KL?? look n see je lah malam nati macammana.  tipulah kalu x rasa upset IUI cancel. harap2 x cuti public esok (walaupon dalam hati dh tahu peluangnya tipis)

our decision, tawakkal je lah.. kalu cuti terpaksa ber-BD d rumah je. kalu x cuti, bergerak ke LPPKN je lah jawapnya. yang penting 'think positive!!' hoooyeahhh!!!
 tunggukan keputusan PRU13 mlm nie \(^_^)/

al-kisah semalam..

bunyi tajuk pon macam nak citer kisah zaman dahulu kala je.. hak hak hak! sebenarnya cuma nak update kn kisah next appoinment di LPPKN jer. appoinment semalam jam 9 pg tp sampai klinik jam 910pg. hahaha! memang sah sy adalah org melayu dengan janji melayu! kihkihkih.. paham2 je la ek.. kali ni dtg utk TVS. dtg sendirian jer sbb husband pon dh dapat keje baru and start semalam so x nak kacau dia. mggu lepas dh start amek clomid and s/c humog, jd CD12 dtg utk check telur.
alhamdulillah my telur memang respond dgn ubat. itu bagus. kata si doktorlah..hehehe.. lepas di kira2kan ade la dalam 7 biji yg lepas saiz lulus (14mm) tapi yg x sedapnya doktor cakap dinding rahim x cukup tebal. sepatutnya dinding rahim perlu 6mm tapi aku cuma 5mm jer. doktor kata x pe sbb plan IUI 6hb, skrg 3hb. harap2 dengan baki 3 hari lagi ni my dinding rahim akan menebal ke 6mm lah.. huhu..(myWish)

doktor Ghafar explain lagi..
ikut plan kita nak IUI 6hb ni tapi mungkin ada masalah. terpinga2 sekejap aku jadinya. hah?? masalah?? rupa2nya bukan punca dari aku. PRU13!! mana tahu kot2 diumumkan semua rakyat Malaysia ni dapat cuti umum hari isnin ni = 6hb = klinik tutup. jadinya memang x kan dapat lah nak buat IUI ni. uwaaaa!!! sedih la plak! tak kan x jadi kot, aku dah amek ubat dh ni. telur2 ku pon dh membiak dengan jayanya.so doktor Ghafar cadangkan plan B.

Plan A ---> IUI
Plan B---> wajib utk BD tepat jam 8am, IUI kira cancel utk cycle ni
# kalau sampai 28 hb belom dtg period, sila dtg ke klinik semula.

hmm... baiklah doktor.. saya dh paham.. (dgn muka yg agak kecewa..huhu)
lepas buat payment and amek ubat2 yg seterusnya iaitu tab. duphaston + s/c HuCoG
maka aku pon terus ke tempat kerja, my syif start 2pm.
balik rumah dh jam 10pm (lepas keje), ingat nak share ngan husband tp dia plak dh tido x bangun2. penat agaknya sbb abru sart keje ari ni. x pe nanti2 je lah story kat dia.
malam ni dh kena cucuk s/c  HuCoG  utk pecahkan telur. tentatively telur2 tu akan pecah pada hari isnin jam 8pg.

"Ya Allah Ya tuhanku, aku bermohon kepadaMu, permudahkanlah urusanku. Aku hanya mampu berusaha, Engkaulah yangmenentukan segalanya, hanya kepadaMU aku berserah Ya Allah"