Saturday, 17 August 2013

start ber-supplement

awal bulan jun aku ade mintak pandangan TTCians di group TTC FB. mintak sharing2 supplement yang boleh bantu aku menaikkan semula hormon progesterone. hasilnya dapatla sikit2 info. aku ada jugak share pendapat pasal hasil searching aku di library, yakni tentang vitex. maka ramailah yang beri pendapat masing2, ada yang mengatakan bahawa vitex adalah chasteberry. pening jugak kepala aku ni. lama2 baru aku paham, rupa2nya vitex tu cuma sebahagian kompenan/ bahan yang diguna dalam supplement yang sgt membantu membetulkan semula hormon ke paras yang normal.

chasteberry, kordel, and etc cuma brand supplement jer.. sedang molek jer gaji masuk aku pon ape lagi, cepat2 lah cari supplement di kedai2 pharmacy. masuk kedai ke-3 baru ketemu produk ni. tapi bukan jenama chasteberry, aku dapat jenama kordel. ni ler gambarnye...

ikut kan hati gelojoh nak jer start hari yang sama. tapi aku sabar lagi. aku decide nak tunggu CD21 dulu, nak amek progesteron level dulu sebagai bacaan baseline. aku nak mkn supplement ni untuk 3 bulan, lepas habis 3 bulan bersupplement aku nak repeat test darah lagi. nak tngok ada perubahan pada level progesteron aku x selepas amik supplement ni.

hari ni dah masuk bulan kedua aku bersuplement, hari ke berapa x ingat. hehe.. aku kira hari kikut botol je. cukup je habis 3 set = bulan, aku nak repeat blood test. wish me luck!! harap2 ada perkembangan positive.

#mood sgt excited!

Sunday, 23 June 2013

CERITA TERTANGGUH..

flash back balik ke hari kenduri kendara lepas. aku ni x gemar sangat nak berkenduri kendara ni. rasanya TTCian yang lain pon sama, sebab masa tu kita akan berjumpa ramai manusia yang bisa menoreh hati hingga berdarah2! atas alasan begitu aku x gemar pergi kenduri. tapi kali ni aku x ada excuses lagi, aku terpaksa!! hhhmmm... nasib la labu... so awal2 aku dh kebalkan diri dengan seboleh-bolehnya, and pekakkan telinga dengan sepekak-pekaknya.

alhamdulilah.. macam x percaya pon ada. tiada suara sumbang atau soalan2 yang aku expect akan kena tanya di tanya pada aku.. aku kira diaorang semua dh sedia maklum. mngkin jugak sebab mak cik2 di sini (jiran2 mak sedara aku) memahami kehidupan zaman sekarang (x sebok kepoh hal org). cuma ahli keluarga rapat je ade yang tanya sikit2 itu pon x ler sampai menyakitkan hati aku. malaan siap bersharing2 lagi..

rupa2nya aku bukanlah yang pertama menghadap situasi begini dalam keluarga aku. mak teh aku pon 5 tahun TTc, sorang lagi cousin aku 3 tahun TTC. time ni lah aku bersharing2 dengan ex-TTC iaitu mak teh aku and cousin aku. dari cerita mak teh aku, dia pon paham sgt perasaan aku sebagai TTCian. setakat insan2 mulut laser tu dh jadi makana harian katanya. dari cerita mak teh aku, dia juga mengalami masalh rahim kuat + sperma x cukup. dari segi rawatan, macam2 jenis hospital yang dh diaorg pegi. sehingga lah akhirnya dia pregnant tanpa prosedur, secara natural tetapi supplement non stop lah. sekarang dia sudah ada 3 org anak, so aku ada 3 cousin lah. semuanya hero2.. hehe seterusnya pulak kisah my cousin. citer cousin aku ni aku x dapat sgt secara detail sbb aku pon agak sebok and dia pon sebok kejar2 anak dia yang agak ligat. hehe.. dari short conversation kami, aku di galakkan my cousin ni untuk buat treatment under mana gynae. aku senyum je.. sebabnyer aku dh pon under treatment sebenarnya tapi aku x nak la war-warkan. kang banyak plak hal nak ceritanya. yang tahu aku under treatment hanyalah mak2 sedara aku and mak aku. lain org aku x nak citer. senyum2 sudaaa... heee.. cuma mak teh aku ada bagitau sikit pasal rawatan yang cousin aku ambik ni, dari citer ni aku sahkan yng diaorg pon ber-IUI, cuma x dapat nak confirmkan dengan tuan punya badan jer.. sekarang anak cousin aku dah 3 org jugak, 2 boy 1 girl.

itulah serba ringkas cerita aku masa cuti lalu.. next story coming soon... yehuuuu!

Thursday, 20 June 2013

aktiviti waktu cuti dulu..

nak citer! nak citer!! hehe.. memang aku selalu citer pon kan.. kepoh jer.. hak hak hak..
nak update sikit tentang aktiviti- aktiviti masa cuti  lepas. memang la sebok dengan aktiviti kenduri kendara tapi tetap dapat curik masa sikit untuk ruangan TTC ku..

x silap ader la dalam 2 hari aku berkampung di library PJ OldTown. huhu.. baik kan aku berstudy2 di Library di saat usia menginjak tua ni.  ingat student2 je ke yang berkampung di library tu, aku pon join skali okeh..

dh register jadi ahli pon, start bulan 4 x silap.  alang2 dh menjadi ahli ni aku gunakan lah kemudahan yang di sediakan, mengorek segala ilmu yang ada di situ.  dua hari cuti aku gunakan untuk  mengorek segala ilmu2  TTC especially tentang pemakanan. since aku pon dh decide and dh sedar tentang kepentingan pemakanan yang memberi effect utk journey TTC aku. lagi2 lah kalu yang membantu naikkan hormon progesteron aku ni

tak sangka la plak banyak jugak ilmu aku bawak balik, nak citer memang byk aku dapat tau memanglah panjang. dari segi pemakanan hinggalah supplement. kiranya aku bukan setakat study je tapi siap buat research tau. rugi plak x snap tajuk buku2 yang aku baca tu. huhu..

next time aku simpulkan apa yang patot di simpulkan. hehe..
sekarang nak balik rumah dulu sebab syif dah tamattt.. 
tatatata.... (^_^) yeayyy!! Home sweet Home!!

Monday, 17 June 2013

SELAMAT HARI BAPA!!

16 june= fathers day!!
bila tengok semua orang sambut hari bapa ni hati jadi sayu sgtttt...
terkenang keluarga kecilku ini.. hope husbandku dapat sabar.
kami sama2 menyabarkan diri.. selama ni mungkin husband aku diam n pendam sorang2 isi hatinya, tapi aku tahu keinginan dia pon sama dengan aku cuma x terluah je dr mulut dia. sbb dia pon taw yang emosi aku sgttt rapuh. hati aku selalu di jaganya.. sabar lah wahai suamiku, tuhan masih mahu menguji kita.

di suatu sudut hatiku yang lain, aku rindu sgttttt kat ayah aku. ayahku yang masih sepi tanpa khabar berita. aku kira tahun ni genaplah 7 tahun ayahku hilang di tanah seberang. khabar beritanya masih aku tunggu. walaupun ramai mengatakan yang kemungkinan ayah aku  tiada lagi di dunia, aku x nak percaya. selagi jasadnya mahupun kuburnya tak aku lihat dengan mata kepala aku sendiri jangan harap aku akan percaya! setiap hari selepas solat aku mendoakan kepulangan ayah.. aku akan sentiasa mendoakan ayah.

"ayah.. pulanglah ke tanah air,
anak-anakmu rindukan mu,
ahli keluargamu rindukan mu,
kami disini sentiasa mengharapkan kepulangamu,

biarpun hubungan kita tidak semesra hubungan keluarga lain,
tapi aku tahu hati budimu yang baik itu sentiasa menyayangi anakmu,
tidak pernah sekalipun kau mengabaikan tanggungjawabmu kepadaku,
segala keperluan dan kehendakkku kau berikan,
aku rindukan ayah,
akan sentiasa mendoakan anakmu,

hanya ayah yang sentiasa mengingati hari lahirku,
hanya ayah yang setiap tahun meraikan hari lahirku,
setiap kali menyambut hari lahirku pasti aku teringatkan ayah,

sekalipun sikap tegasmu membuatkan anakmu menggerunimu
tapi aku tahu jauh di sudut hatimu amat2 mengambil berat perihal diriku,
setegas2 didikanmu, tidak pernah sekalipun kau menjentik anakmu..

ayah.. pulanglah..
anakmu sentiasa mendoakan kepulanganmu.."

Wednesday, 12 June 2013

budak2 cuti sekolah, aku pon ikot sebok nak bercuti! keh keh keh

uiiihhhhhh!!! dah lama x online nie rasa macam banyak je citer yang nak di ceritakan. hmmmm.... nak start dari mana ek.
apa-apapon selamat bekerja kembali!!! setelah 10 hari menghabiskan cuti2 public holiday yang tertunggak. budak yang bercuti, aku pon ikut sebok je kan?? sabo je lah.. hehehe.. sebenarnya x de la kempunan sgt nak cuti time school break ni, tapi terpaksa. mengerah tenaga untuk berkenduri kendara semata- mata untuk wedding my cousin lah!
nak x nak terpaksa apply cuti. mak dari kampung dtg nak stay kat sini dlm 5 hari. aku plak dh boleh dikatakan tiap2 minggu ke rumah mak sedara aku ni untuk tolong wat kerja-kerja kawen anaknya. aku ni dh macam tunggak kenduri dh gamaknya. gara2 semua cousin aku ni lelaki n aku sorang je la anak sedara yang berjantina pompuan. hantaran 100% cap tangan aku. pergi berakad nikah muka aku. pergi hari bersanding sebelah pompuan muka aku jugak (bwk bunga telur). hari menyambut sebelah lelaki pon muka aku jugak! (as banker- tukang simpan duit tetamu bg) hahaha! pendek kata memang muka aku banyak lah masuk album untuk kenduri kali ni.
ikutkan rasa malas, x nak dh involve dlm kenduri kendara ni. penat weyhh! tapi memikirkan yang mak sedara aku ni x de anak pompuan terpaksa aku galas tanggungjawab ni. apa salahnya kan family sendiri.
yang penting semua dh settle. yeaaayyy!! back to normal life. back to current routine. and back to TTC.

Friday, 31 May 2013

mencari-cari penawar sesuai untuk menaikkan hormon progesteron..

my 1st IUI failed as i mention before, tp itu x mematahkan semangat aku langsung oke! sebaliknya aku lebih bersemangat!! yeahh semangat!!!!  yup memang aku ingat nak rest tp bukan 'shut down' terus. aku still usaha cuma kaedahnya lain jer.. aku nak WITHOLD kan dulu treatment aku kat LPPKN tu dulu. aku nak try cara lain. kenapa aku bersemangat sangat nie??? sebabnya aku da tau problem aku, and aku decide nak SIHAT!! tubuh badan sihat adalah key utk segalanya. betul x?? sedangkan sebelum ni aku x jaga pemakanan aku langsung! main hentam makan je, janji perut x berkeroncong. kih kih kih.. so sekarang dh start bertaubat.

 PEMAKANAN.
dah banyak blog2 rakan2 TTC yang aku baca  mengenai pemakanan ni. ramai yang menggalakkan pemakanan yang betul untuk di amalkan. dulu aku x kisah sangat bila diaorang tekankan tentang hal ni. aku lebih suka rawatan secara moden. maybe sebab aku sendiri bekerja di bidang ni, maka aku taksub dengan perawatan moden. hehehe.. tapi bila dh aku sendiri alami kegagalan IUI pertama aku, otak aku dah mula berpikir semula.
maybe ada baiknya aku cuba cara yang x melibatkan rawatan moden. aku cuba kembalikan diri aku kepada keadaan asal dulu. (as before my 1st and 2nd pregnancy + before consuming marvelon)
apa yang aku tau sekarang tahap level hormon progesteron aku rendah. (side effect marvelon) so aku perbetulkan semula apa yang perlu aku betulkan. my mission is to correct my hormone level back! i need it backkk!! (dlm hati sgt menyesal amek marvelon dulu)

aku akan mencari jenis pemakanan yang dapat naikkan balik hormon progesterone aku.
ooh Mr Google and Mr Yahoo! please help me!
sesape nak tolong meh jOin skali.. heee...
oke nak start men'Searching' lah, bye byee!!

Monday, 27 May 2013

terima kasih mak cik kerana memahami..

masih ada jugak insan yang  memahami perasaan insan- insan ber TTC ni. walaupon kebanyakkan sgt2 x memahami malahan siap bersindir2 lagi. sakit hati orang yang mengalami x pernah orang tahu. yang tahu selagi boleh 'dilumat-lumatkan' selagi tulah akan 'dikerjakan'.

kali ni aku nak cerita tentang sorang mak cik yang bagi aku sgt2 lembut hatinya. mak cik yang aku maksudkan ni adalah pesakit yang aku jaga di wad. kebanyakkan pesakit di wad aku bekerja ni memang mendapat rawatan ulangan. mereka semua adalah kanser darah dan limfoma. rawatan kemoterapi yang perlu mereka ambil memerlukan mereka semua masuk wad secara regular, ada yang masuk wad setiap 3 minggu, ada yang 5 minggu sekali, yang 3 bulan sekali pon ada. mak cik aku maksudkan ni adalah pesakit kanser darah, umur dh hampir 50an, rawatan yang diambil hanya sebagai 'maintainance' untuk kawal kanser je.. mak cik ni sgt sweet! aku masih ingat masa mula2 pertama kali mendapatkan rawatan kemoterapi, komplikasi yang di alami agak teruk tapi mak cik ni cuma ckp. ' buat ajalah dik, janji jadi elok'.. dialah pesakit yang sgt tidak banyak kerenah oke.. (^_^)

sebenarnya aku bukan nak bercerita/ promote pasal rawatan di wad aku yer, aku nak ceritakan yang mak cik ni sentiasa mendoakan aku. aku ingat lagi masa tu sambutan Hari Raya Qurban, aku berkeja syif pagi. Mak cik ni terpaksa di tahan di wad sebab mendapat jangkitan kuman. lama kami bersembang sbb pesakit x ramai masa tu. macam2 di ceritakan, mestilah cerita pasal nak sambut raya kn..hehehe..
last2 mak cik tanya kat aku, 'dik, dh kawen ko bolom?' aku jawab sejujurnya, ' sudah kawen mak cik'
lepas tu dpt soalan cepu-cemas seperti biasa, 'anak dh berapa?' dengan senyum je aku jawap,'belum ade rezeki mak cik' sambung tanya lagi. 'adik dh berapo lamo kawen dh?' 'dh setahun lebih mak cik' aku still jawap dengan rileks sebab cara mak cik ni tnya sangat x menyakitkan hati, lembut je caranya. agaknya mak cik tu perasaan mendung kt muka aku ni, maka dia pon cakap lagi, ' x polah dik, rezeki belom smpai lagi tu.' aku pn iyakan je lah. dh memang betol pon ape yang mak cik tu cakap.

ntah bila mak cik tu di discaj kan dari wad aku x tau sebab tengah bercuti raya.
selang beberapa bulan kemudian.. aku agak dalam 4 bulan adalah, maka mak cik tu masuk wad lagi.

sesi bertemu rindu bermula lagi. hubungan staf wad aku dengan pesakit agak baik sebab kitaorang memang saling mengenali. mana tak nya sekali diaorang masuk wad berminggu2 baru dapat balik.

aku bertemu kembali dengan mak cik tu masa kerja syif malam. mak cik dh siap2 nak landing tido dh tp aku plak dtg kacau untuk regular check up tekanan darah. sambil meraba perut aku mak cik tu cakap, 'belom ado lagi ke dik?' 'belom lagi mak cik' jawap aku dengan muka sayu + separa senyum. mak cik tu ckp lagi, 'nak buek mcmmano dik ya, kojo Allah taala'
'iye mak cik, usaha macam2 pon kalau Allah x kasi lagi nak buat mcmmn, usaha aje lah mak cik'
mak cik jawap,' ye lah dik, doa jolah.'
lepas tu aku pon mtk diri nak pegi check pesakit lain plak.. gitu lah al-kisahnya.. dalam hati aku cuma boleh berdoa je utk kesihatan mak cik ni. sekalipon Allah SWT suatu hari nanti nak ambil semula dia, aku harap urusannya di permudahkan.. amiin..
sbbnya ?? dr pengalaman aku sendiri menjaga pesakit2 kanser di sini, byk sgt dh kes semasa nyawa pesakit ni nak 'di ambil' ada yang sgt2 susah utk pesakit2 yang cerewet. ada yang smpai berminggu2 menderita utk nyawa di lepaskan. tapi untuk pesakit yang 'sweet2' n baik hati sgtlah mudah nyawanya di ambil. aku harap mak cik tergolong dgn mereka2 yg 'sweet' ni. ^_^