Sunday 23 June 2013

CERITA TERTANGGUH..

flash back balik ke hari kenduri kendara lepas. aku ni x gemar sangat nak berkenduri kendara ni. rasanya TTCian yang lain pon sama, sebab masa tu kita akan berjumpa ramai manusia yang bisa menoreh hati hingga berdarah2! atas alasan begitu aku x gemar pergi kenduri. tapi kali ni aku x ada excuses lagi, aku terpaksa!! hhhmmm... nasib la labu... so awal2 aku dh kebalkan diri dengan seboleh-bolehnya, and pekakkan telinga dengan sepekak-pekaknya.

alhamdulilah.. macam x percaya pon ada. tiada suara sumbang atau soalan2 yang aku expect akan kena tanya di tanya pada aku.. aku kira diaorang semua dh sedia maklum. mngkin jugak sebab mak cik2 di sini (jiran2 mak sedara aku) memahami kehidupan zaman sekarang (x sebok kepoh hal org). cuma ahli keluarga rapat je ade yang tanya sikit2 itu pon x ler sampai menyakitkan hati aku. malaan siap bersharing2 lagi..

rupa2nya aku bukanlah yang pertama menghadap situasi begini dalam keluarga aku. mak teh aku pon 5 tahun TTc, sorang lagi cousin aku 3 tahun TTC. time ni lah aku bersharing2 dengan ex-TTC iaitu mak teh aku and cousin aku. dari cerita mak teh aku, dia pon paham sgt perasaan aku sebagai TTCian. setakat insan2 mulut laser tu dh jadi makana harian katanya. dari cerita mak teh aku, dia juga mengalami masalh rahim kuat + sperma x cukup. dari segi rawatan, macam2 jenis hospital yang dh diaorg pegi. sehingga lah akhirnya dia pregnant tanpa prosedur, secara natural tetapi supplement non stop lah. sekarang dia sudah ada 3 org anak, so aku ada 3 cousin lah. semuanya hero2.. hehe seterusnya pulak kisah my cousin. citer cousin aku ni aku x dapat sgt secara detail sbb aku pon agak sebok and dia pon sebok kejar2 anak dia yang agak ligat. hehe.. dari short conversation kami, aku di galakkan my cousin ni untuk buat treatment under mana gynae. aku senyum je.. sebabnyer aku dh pon under treatment sebenarnya tapi aku x nak la war-warkan. kang banyak plak hal nak ceritanya. yang tahu aku under treatment hanyalah mak2 sedara aku and mak aku. lain org aku x nak citer. senyum2 sudaaa... heee.. cuma mak teh aku ada bagitau sikit pasal rawatan yang cousin aku ambik ni, dari citer ni aku sahkan yng diaorg pon ber-IUI, cuma x dapat nak confirmkan dengan tuan punya badan jer.. sekarang anak cousin aku dah 3 org jugak, 2 boy 1 girl.

itulah serba ringkas cerita aku masa cuti lalu.. next story coming soon... yehuuuu!

No comments:

Post a Comment