Monday 17 June 2013

SELAMAT HARI BAPA!!

16 june= fathers day!!
bila tengok semua orang sambut hari bapa ni hati jadi sayu sgtttt...
terkenang keluarga kecilku ini.. hope husbandku dapat sabar.
kami sama2 menyabarkan diri.. selama ni mungkin husband aku diam n pendam sorang2 isi hatinya, tapi aku tahu keinginan dia pon sama dengan aku cuma x terluah je dr mulut dia. sbb dia pon taw yang emosi aku sgttt rapuh. hati aku selalu di jaganya.. sabar lah wahai suamiku, tuhan masih mahu menguji kita.

di suatu sudut hatiku yang lain, aku rindu sgttttt kat ayah aku. ayahku yang masih sepi tanpa khabar berita. aku kira tahun ni genaplah 7 tahun ayahku hilang di tanah seberang. khabar beritanya masih aku tunggu. walaupun ramai mengatakan yang kemungkinan ayah aku  tiada lagi di dunia, aku x nak percaya. selagi jasadnya mahupun kuburnya tak aku lihat dengan mata kepala aku sendiri jangan harap aku akan percaya! setiap hari selepas solat aku mendoakan kepulangan ayah.. aku akan sentiasa mendoakan ayah.

"ayah.. pulanglah ke tanah air,
anak-anakmu rindukan mu,
ahli keluargamu rindukan mu,
kami disini sentiasa mengharapkan kepulangamu,

biarpun hubungan kita tidak semesra hubungan keluarga lain,
tapi aku tahu hati budimu yang baik itu sentiasa menyayangi anakmu,
tidak pernah sekalipun kau mengabaikan tanggungjawabmu kepadaku,
segala keperluan dan kehendakkku kau berikan,
aku rindukan ayah,
akan sentiasa mendoakan anakmu,

hanya ayah yang sentiasa mengingati hari lahirku,
hanya ayah yang setiap tahun meraikan hari lahirku,
setiap kali menyambut hari lahirku pasti aku teringatkan ayah,

sekalipun sikap tegasmu membuatkan anakmu menggerunimu
tapi aku tahu jauh di sudut hatimu amat2 mengambil berat perihal diriku,
setegas2 didikanmu, tidak pernah sekalipun kau menjentik anakmu..

ayah.. pulanglah..
anakmu sentiasa mendoakan kepulanganmu.."

No comments:

Post a Comment