Wednesday 6 March 2013

Tawakal Hospital---HSG done

menceritakan kembali keadaan semalam menjalani prosedur HSG. huhuhu.. seyes sakit. tapi kejap je. kalau dh nama pon sakit walapun sekejap je, tapi punya la rasa macam berjam2 lamanya menanggung derita. kalau boley cukup la sekali tu jer. huhu.. seram! kalau dari side medical nak ukur tahap sakit tu kitaorang gunakan skala sakit 0 hingga 10. dimana no. 0 = x sakit dan no 10=sakit macam nak mati! so tafsirkan lah tahap kesakitan anda mengikut turutan no o hingga 10. bagi aku tahap kesakitan paling optimum adalah pada skala 8. menggigil jugak tangan aku menahan sakit, nasib baik kejap je. masa tu doktor tengah masukkan satu tiub untuk salurkan dye ke rahim.terasa sangat oke. sakit yang lain2 tu kira biasa je la, sakit yang mampu ditahan. dalam skor 5 rasanya.

okelah aku start dr awal pagi. appoinment jam 1030am. aku decide nak kuar rumah jam 9 tp terbabas ke jam 9.15am. masa tu aku tengok highway NPE dh x jam, jalan agak clear lah. jadi baru aku putuskan untuk kuar dengan harapan jalan2 lain pon sama lah clear. tp harapan tinggal harapan. rupa2nya sampai je kat bangsar dh jam sampai ler ke area stesen kereta api, akhirnya jln cam dh oke lah.  tub tub.. lepas je dataran merdeka je jam balik sampai ler ke bulatan pahang. ngam2 aku sampai kat bulatan pahang jam 9.50am. fuhhh.. lega. ingatkan selamat la, tpi parking kereta plak x de. maka berpusing2 lah aku ade la 2 round. last2 aku decide nak parking kt luar je, yakni tmpat parking atas bukit. RM 3 per entry. kira oke la harganya. lokasinya pon boleh tahan jauh. x pe lah asalkan dapat parking kereta yang elok2 dan selamat, bukan tempat sunyi taww...
dah sudah parking menapak ler ke hospital tawakal tu, baru sampai kt pintu masuk aku ter la nampak retis si darling and anak2nya ade la dlm 2 org dengan ditemani kakaknya (retis jugak tapi x ingatlah namanya) sweetnyer tengok diaorg satu family yg tgh tggu drebar diaorg  kt luar hospital tu. awal gak eh diaorg sampai, kol 10 dh nak balik. hehe..retis kn.. rupa2nya si darling tu perasan yang aku asik tengok diaorng, aku pon buat2 jln laju je masuk ke dalam. hehe.. padahal nak cover malu.. hihihi.. sampai je kaunter terus bagitahu nak wat xray HSG. terus ditunjukkan arah. sampai kaunter radiology aku bg borang xray yang LPPKN bg ari tu. tunggu sekejap x sampai 5 minit nama dah panggil. masa aku sampai kat radiology tu jam dh 1015am. wahhh.. ngam2 je kan.. semua penerangan dan langkah2 d terangkan kt aku. bagus2 layanan diaorg. x de la aku jadi risau sgt, dh er tgh nerbes. dh selesai tukar baju, sesi fotografi pon bermula. banyak jugakla gambar yang d snapkan. maybe diaorg nak select yang terbaik je. lepas selesai yang tu, rehat kejap dalam 15minit. then turn aku plak. akhirnya bertemulah dengan doktor incharge,iaitu DR Fatimah Yakin. umor doktor tu ade la dlm awal 50an aku rasa tp bodynya.. uiii.. solid molid cam anak dara. jeles lak aku tgok dia. huhu..
step demi step doktor tu explain kat aku, katanya sakit sedikit. huhu.. memang sakit! macam2 surah gak la ku baca time tu. takot weyh! masa dye di inject masuk pon senak jugak. sambil2 tu aku di suruh tgok pic xray d monitor. kata doktor fallopian tube sebelah kanan aku tu macam susah skit nak nampak. mungkin sbb dye x cukup(padahal doktor tu dh siap tambah extra dye lagi) tapi  masih x clear gambarnya. lepas dh selesai aku di suruh berehat sekejap, ade lagi satu sesi fotografi. habis je fotografi terus bersiap2 pergi tunggu d kaunter untuk ambil filemnya. kena bayar RM 180 dan aku dh dapat filem x ray aku. apa lagi cabut balik ler.. hehe.. result HSG aku tgok masa d parking kereta, memang betolla. doktor suspek tiub fallopian aku macam mengucut @ mengecik. tiub fallopian sebelah lagi oke je.. huhu.. akhirnya aku dapat tahu jugak masalah aku.

doktor bagi tahu yang aku mengalami 'peritubal adhesion' ha...? ape tu? aku lagi x tau. oleh itu sampai je rumah terus aku online. nak cari maklumat la katakan.. hehe.

8 comments:

  1. Salam,nak tanya camne nak buat appointment untuk buat HSG kt Hospital Tawakal ni yer?

    ReplyDelete
  2. w'kmslm.. untuk buat HSG ni mesti kena doctor suggestkn. nanti dia akan bagi borang HSG. untuk dapatkan appoinment tu sy call sendiri hospital tawakal untuk ambil appoinment dgn diaorg. time call tu ade sikit2 interview untuk tahu CD 11.
    kalau kita sendiri saje2 nak buat HSG tu memang x dapat sbb nanti x de orang nak explainkn keputusan HSG tu. :)

    ReplyDelete
  3. as salam kos HSG rm180 shj eh?

    ReplyDelete
  4. as salam kos HSG rm180 shj eh?

    ReplyDelete
  5. A,ah.. tp time tu blom zaman gst lg. Skrg mesti dh naik hrga skit tp brp x pasti la..

    ReplyDelete
  6. A,ah.. tp time tu blom zaman gst lg. Skrg mesti dh naik hrga skit tp brp x pasti la..

    ReplyDelete
  7. sy bru buat arini.. kpj tawakal,total rm259

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya aziza dr ampang
      mcm mana nak buat temujanaji, sbb saya try call but no one pickup the phone. then try jugak buat app isnin depan scr online but xtau mcm mana dorg feedback. hmmm. xtuallu nak buat test kesuburan sekali kan ..
      PM : aziza86musa@gmail.com

      Delete