Saturday 30 March 2013

kecoh lagi!!

khamis yang lalu  wad kecoh lagi dengan bakal kehadiran 'anak buah' baru.. hmmm  korang paham kan??
maksud aku sorang lagi staff dpt tau dh pregnant. baru selasa yang lepas salah sorng staff baru sahaja selamat melahirkan anak lelakinya melalu LSCS + BTL sbb dh 4 kali LSCS. selang 2 hari kemudian dpt pulak penggantinya dengan tersebarnya berita sorang staff ni pregnant. cemburunya aku hanya tuhan yang tahu. puas jugak aku cuba kawal emosi aku masa tu. mujurlah staff yang slalu sakitkan hati aku tu x kerja, kalau x masak aku d gasaknya dengan soalan2 menikam kalbu.

untuk selamatkan empangan air mata aku dari pecah, aku bawak diri ke tempat yang orang lain x leh cari aku. dari jauh aku dengar kekocohan rakan2 sekerja aku. aku pujuk diri aku untuk terus sabar, aku tahu giliran aku tiba juga x lama lagi. aku tahu Allah SWT masih hendak menguji aku, aku jugak tahu yang aku ni sebenarnya masih banyak dosa silamku yang belum terhapus. aku redha dengan segala ketentuanNya. aku tahu Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...

staff yang baru pregnant tu sebenarnya dh ade anak sorang dh pon, kira ni yang 2nd lah.. seyes aku cemburu!! :'(
anak dia yang 1st kalau nak di kira umurnya baru saja genap setahun 18hb mac lepas. sekarang dh pregnant anak ke-2. aku??? masih ber-TTC and almostly 2 years!. hanya kepadaNya sahaja tempat aku mengadu, sbb Dialah yang terbaik dan maha mengetahui segala2Nya. aku dah x nak bebankan husband aku lagi dah. cukuplah selama ini aku menyusahkan suami aku. aku tahu dia pon dah letih sebenarnya. mungkin ada hikmahnya d sebalik segalanya. mugkin selama ini aku terlalu mengabaikan tanggungjawab aku pada yang Esa, maka dengan ujian sebeginilah aku dapat mendekatkan diri kepadaNya kembali..

hari jumaat lepas/semalam, aku ajak rakan sekerja (attendant wad) aku pegi melawat staff yang baru bersalin tu. comelllll sgggttt anak dia! saling x tumpah macam muka anak dia yang no-3. ikutkan hati aku nak je aku pegang x lepas2, nak gomol2, nak cium2 puas2! tapi aku kawal perasaan aku, cuma sekadar dukung n cium pipi je aku mampu. aku perasan yang si ibu baby tu asik tengok aku je, maybe dalam hati dia pon ada simpati pada aku yang masih belum conceive ni. selama dia pregnant dia x penah pon sebok2 nak tanya aku macam2 (why not pregant yet), maybe sebab dia x nak lukakan hati aku. sedangkan staff lain sebok menanya aku itu ini, kenapa x buat macam ni, kenapa x buat macam tu, dsb.. 2 org rakan yang teman aku ni masih bujang tapi dh tunangan org dan bakal kahwin pon. aku tau diaorg pon nak dukung baby jugak tapi takut nak mintak. last2 kami balik semula ke wad tanpa diaorg sempat dukung baby yang asik nak nyonyot je tau. kejenye..  aku menanti detik indah itu suatu hari nanti...

No comments:

Post a Comment