Saturday 23 March 2013

lama menyepi..

hampir dua minggu jugak la aku x de entry ape2 kat blog aku ni ha, bukannye x on tapi maleh betoi nak buat entry.. setakat on, baca blog2 org lain, godek itu ini, itu je la keje aku. huhu.. entry blog sendiri x de la walaupon banyak gak hal nak d ceritakan.dalam 2 minggu yang lepas, x silap aku untuk tempoh 10 hari boleh di katakan selang dua hari mak aku asik tepon aku. asik tanya bila lah aku nak balik kampung. alasannya sebab jiran aku tu anaknya dah nak kawen, walaupon aku tahu bukan itu point nya. hehe.. sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya, inikan plak mak aku. hahha! poyo jer kan. (mana lah aku tau camne nak tgok jantina ikan, korang tau cmmne???) mesti mak aku ni dah plan ngan sesape nak bawak aku g berubat ni, tapi aku buat2 x paham je niat mak aku tau tu. kikiki
disebabkan mak aku tu nampak sangat kesungguhannya, maka hari isnin lepas aku pon bagitahu ler yang aku dapat cuti kejap je. isnin dengan selasa aku keje syif malam, start hari rabu ke atas baru dapat cuti. itu pon kejap je sampai hari jumaat.huhu.. walaupon mak aku x galakkan aku balik (sbb husband x ikut skali-keje) tapi aku tetap nak balik jugak. dh dekat 3 bulan aku x balik kampung. pagi rabu tu aku bergegas jugaklah balik, 5 jam perjalanan maka sampai lah ke kampung anak kurau tercinta tanpa suamiku d sisi. kesian husband kena tinggal sorang2, muncung jugakla dia masa aku nak bertolak balik tu. hehe.. yang penting dalam fridge aku dh standby nudget n sosej siap2,hehe.. stok megi dalam kabinet pon banyak lagi. memang itu stok wajib, itu je yang dia pandai masak pon.  kalau nak yang sedap2 silalah ke kedai makan kat bawah rumah tu ye... hehe


1015pg bertolak----->355pm dah sampai kampung (KL--->taiping), alhamdulillah.. selamat gak sampai, walaupon aku beberapa kali nak terbabas gara2 mengantok. mana x ngantoknyer habis je keje malam terus siap2 bergerak balik kampung, rehat pon tak dak.. huhu.. panjang lagi umurku, rupa2nya masih banyak urusan ku didunia yang perlu aku bereskan.. (ibadat x cukup lagi ni)
sampai je rumah terus di jamukan nasik (dh petang kot), lepas dh kenyang mulalah mak aku start storynya.. hmmm.. tepat jangkaan aku. memang dia nak bawak aku g mengurut. so aku iya kn je lah.. kalau bangkang nati kena smash plak. dh lama sangat ber TTC ni. cara lain pon kena cuba jugak. petang tu jugak ak aku call mak sedara aku yang deal pasal nak bawak aku g mengurut ni. sebelum tu aku dh warning mak aku siap2, kalau jumpa bomoh ngarut2 ni aku x nak. tapi yakin x de la camtu sbb mak sedara yang deal ngan mak aku ni kategori orang kuat surau lah katakan.hihi.. aku pon on je la.. lepas je mak aku deal, terus diaorg set nak pegi malam ni jugak (rabu malam khamis) sbb kalau hari khamis malam jumaat x dapat nak berurusan katanya.. off day ler kot, hehe..

malam tu jugak pergi, lepas isya. perjalanan cuma 40minit dari rumah je. mak cik tu biasa je orangnya. dup dap dup dap jugakla aku d buatnya.  maklumla 1st time aku g berubat secara tradisional camni. selalunya kuar masuk klinik je.huhu.. sesi soal jawap mestila ade kan, tapi bagi aku soalannya tu sama je cam doktor2 tanya;
-dh brp lama kahwin?
-period ok x?
-senggugut x?
-bersama dengan suami sakit x?
hmmm.. biasa je kan.. lepas tu aku kena baring jap dalam tempat bertutup (tarik tirai je). masa tu kain kurung aku tarik ke bawah sikit, mak cik tu pegang2 perut aku. katanya aku ni banyak angin. aku jawap ye lah kot, tapi nak kata aku selalu sendawa2 x plak cuma aku selalu terasa yang badan aku asik penat je, macam banyak toksik rasanya. last2 mak cik tu yang buang angin lebih.. hihihi.. di tekannya perut aku, katanya ok je, x ternaik pon rahim aku tu. lepas tu dia pon berdoa, kemudian di tepuk perut aku. akhir skali sesi buat air penawar, nama aku n husband d mintanya. dah selesai semua tu baru lah tirai d buka semula. fuhh... semua mata memandang aku (cam kelakar pon ade, hihi)

mak cik tadi pon ceritakan kat eskot2 aku yang setia menunggu keputusan, katanya x de pape pon. oke jer, cuma banyak halangan kat dalam rahim aku tu. lemak2 banyak sangat. sbb tu yang susah benih nak berjumpa. hmm.. telah ku duga, maklumla badan aku ni kategori xxl. huhu... memang banyaklah lemak aku kan.. rawatan kat situ selesai tetapi aku di berikan homework. aku kena mandi dengan limau nipis dan sireh petang esok, air tu mesti disediakan husband. tapi husband aku kat KL, x pe mak pon boleh tolong. malam yang sama sebelum tido aku kena kunyah sireh pinang yang telah disediakan, dah habis kunyah air sireh tu kena sapu kat perut. 3 malam berturut2 tau kena buat camtu.huhu.. nanges!! aku dh ler x brp nak reti makan sireh pinang ni.

malam yang sama di rumah, walaupon mata mengantok terpaksa tahan. homework perlu dilaksanakan. cewaahh..! bercinta jugak la aku nak kunyah. nak muntah pon ade. tahan je. nak ikhtiar punya pasal x pe aku rela. sudah kunyah sireh sapu d perut. bersepah2 sireh tu atas lantai. nasib baik berjaya.. huhu.. mak aku diam je.. maybe dia pon tau yang aku tgh struggle nak kunyah sireh pinang tu.

KEESOKKAN HARINYA..
x de pape yang d buat. sepanjang pagi, tengah hari n petang (sebelum asar), aku d rumah ayah tiriku. menolong packing nasik bungkus utk org masjid. ayah tiriku ni baik orgnya, tok siak masjid, memang dh jadi tugasnya sediakan makanan utk org masjid setiap hari khamis malam jumaat. lepas asar bertolak balik ke rumah mak (dekat je <10KM) sesudah asar, aku mintak tolong mak sediakan air limau yang di beri semalam. mak aku pon turutkan je, yelah dia pon x sabar nak ade cucu. mandi dengan air limau tu oke je.. tapi rasa cam best plak. rasa fresh n segar badan jadinya. maybe sebab dr bau-an limau yang menyegarkan tu.
malam tu kunyah sireh lagi. serius nak muntah jugak. tapi yang bestnye bila dh selesai, dh cuci mulut, baru aku terasa rupanya manis kunyah sireh pinang ni. walaupon dah x de sireh dalam mulut tapi rasa macam ade gula2 je dalam mulut. barulah aku kenapa mat2 bangla suka sngat makan sireh ni. manis rupanya.. hihi..

HARI SETERUSNYA..
aku dh bertolak balik ke KL. sebelum balik tu semua jiran aku jumpa utk bersalam2an (sememangnya jiran2 aku ni dah aku anggap macam saudara sendiri), dapat la habuan ikan kering dr jiranku.. homemade tau. ade la dekat sekilo. bertolak jam 1230pm--->345pm dah sampai KL. aku speed bukan main lagi perjalanan 300KM telah selamat akhirnya. talipon nk inform dah sampai, kena plak membebel sbb bwk laju sangat. mana tak nyer, meter kereta tu dok ranking 110KM/j-120KM/j je.. speed trap ade ke x de ke, tawakkal jelah.. hihi
malam ke-3, kunyah lagi sireh. berjaya jugak! yeayy!! esok dh x payah kunyah lagi. hihi..
tiba2 rasa rindu plak nak kunyah sireh, huhu.. ketagih ke?? oppss...

No comments:

Post a Comment