Monday 4 March 2013

call from my mom

seperti biasa aku masih memakai uniform d hari weekend. seorang pekerja yang masih cemerlang menjalankn tugas di pagi hari ahad. hehe.. (poyos jer..) pagi2 dh rasa bersemangat aku nak keja sbb esok dh cuti! hoooreyyy! sgt x sabar oke! lebih kurang jam 11pg my mom call. igt malas nak jawap. aku ni jenis x suka jawap phone call kalau on duty. tapi sbb mak yang call so aku jawap gak la.. biasanya lepas habis keja aku akan balik, tp sebab ari weekend x banyak sgt keja nak d buat aku layan je lah cal tu..
macam2 mak aku bukak cerita. anak sedara nak kawenlah (sepupu aku), nak mintak ubat tahan sakitlah (org tua kn mudah sakit sendi @ lutut), cerita dia pegi melancong dengan suaminya(bapa tiri aku), hal kenduri kendara yg diuruskan, hal pak sedara aku sakit on + off, and pas tu tanya bila aku nak balik. huhu.. soalan tu yg paling susah aku nak jawap. aku jarang2 balik kg, kadang2 selang 3 atau 4 bulan baru balik.. aku boleh je balik tp husband slalu x bagi sbb dia pon nak ikut. nak tunggu husband punya cuti memang susahla nak dapat.. huhuhu... tu yang jadi 3-4 bulan baru balik tuh.. sob sob sob.. kesian kat mak aku, dh ler aku ni satu2nya anak dia, tapi jarang2 plak dapat jumpa. kadang2 aku terasa yg aku ni sgt selfish! maafkan anakmu mak.. :'(  kemudian mak aku bukak cerita pasal cousin2 aku yang dh selamat bersalin = yg dh ade anak la.. hmm.. aku paham sgt dh maksud cerita mak aku ni, mesti ada something yang dia nak story kat aku. huhu.. akhir skali baru mak aku bukak cerita sebenar.. lebih kurang gini lah dialog kami anak beranak:

mak: "sepupu mu semua dh bersalin pija. anak pak andak rashid (ayu), anak mak teh chik (ina), anak pak ngah ca (balkis). tinggal mu sorang ja x dak pa lagi. padahal mu yang kawen dulu. wahab anak dh masuk dua, kak ju mu pon dah mengandung lagi, mu ja belom. org2 kmpung pakat tanya mak, mu dh 'ada'belom. mak kata x dak lagi. orang dok kata kot2 mu jadi macam mak"

aku : " x pa lah mak tu rezeki depa, belum masa org lagi nak wat macammana"

mak:  " nanti mu mintak cuti balik kampung mak nak bawak mu g berubat ngan orang kampung pulak. tu mak ngah seli nak bawak mu g berubat ngan berurut dekat2 rumah dia. nak tunggu lama2 buat apa"

aku: " ya lah mak, nanti org mintak cuti lama sikit. mak nak org balik kg brp lama? lepas dtg haid ka sebelum? ak bawak apa2 x?"

mak: "nanti mak tanya mak ngah mu balik. mu tanya man (menantunya = husband aku) bagi ka x?"

aku: "x pa, man mesti bagi  (aku tau husband aku susah nak tolak permintaan mak aku), lepas mak tanya mak ngah nanti mak bagitau org balik"

mak: "nanti mak tepon mu balik"

aku: "yalah.. assalamualaikum"

mak: "w'kmsslm, kirim salam kat man"

lebih kurang gitu lah dialog calling kami berdua.. aku tau mak aku dh lama pendam hasrat dia ni. tahun lepas lagi dia nak bawak aku tp x de la offer direct. selalunya dia ckp kias2 je, tapi aku paham sesangatttt. dan aku buat2 x paham.. huhu.. agaknya dia pon dh x dapat nak tahan sabar menunggu, tu yang ter offer direct je. ikutkan aku memang x nak lagi try cara kampung/ tradisional ni. ye lah aku sendiri pon x tau ape problemnya. sama ada dari side aku @ husband. lagipun kami baru je nak start wat rawatan kat LPPKN tu, masih dalam stage investigation lagi, hehe..tapi aku setuju je sbb aku tau kalau betol nak mula secara tradisionl pon bukannya skrg. maybe dlm sebulan  atau 2 bulan lagi.. almaklumla nak apply cuti mana boleh last2 minit kn? hihihi.. so at that time maybe keputusan investigation yang kitaorg buat kat LPPKN dah siap. baru leh tau ape problem n solutionnya..

kesian kat mak aku, dah teringin sangat nak timang cucu.. sabar ye mak, anak mak ni pon teringin sangat nak timang cahaya mata jugak..

"Ya Allah Ya tuhanKu..
 bantulah hambaMu ini, 
Sesungguhnya aku mengetahui bahawa ini hanyalah sebahagian dari ujianMu untukku.
aku redha akan segala ketentuanMu Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya..
kepadaMu jua aku berserah Ya Allah,
aku hanya mampu berusaha,
dan kepadaMu jua aku bermohon,
permudahkan lah segala urusanku.. aamiin.. Ya Rabbal alamiin."

No comments:

Post a Comment