Thursday 11 April 2013

1 april 2013 = 2nd anniversarry!!

our 2nd anniversary 1 april lepas.  last minute decide nak g holiday, tercapai juga akhirnya. cam x caya pon ada gak. keh keh keh.. ptg 1 april selamat smpai di cameron highland. g bercuti dekat2 je, sbb x standby duit nak g bercuti. huhu..
tersangat la excited sebenarnya sbb sepanjang kami berkahwin belum sempat lagi bercuti. honeymoon pn x pegi tau masa lps kahwin dulu. huhu.. sadisss... so ni kira celebrate 2nd anniversary and honeymoon skalilah. kejap je pon, kitaorg bercuti 2D 1N je.. sbb amik cuti urgent, mn boleh lama2..
2 hari sebelum tu aku n husband igt nak check in hotel je kat area KL ni utk celebrate anniversary kitaorg tp aku yang memandai2 ajak g cameron highland. sbbnya?? alang2 check in hotel je, lebih baik ber-check in sambil bercuti kn?? lagipon kebetulan 1 april tu jatuh CD 11 my OD!! memang aku berharap sgt dpt ber-BD + honeymoon!! hope ada miracle! thats why aku sanggup korbankan duit aku, aku yg support percutian kitaorg dgn ikhlasnya..
tiba di cameron jam 545pm terus cari hotel sbb dh penat sgt. kepala dh pening dgn jln area tapah yg macam ular kena palu. rupa-rupanya cameron highland ni biasa je pon cuma yg special suasana sejuk di tanah tinggi je. huhu baru kutahu... lepas dh berehat2, jam 640pm baru kuar pusing2 tgok tmpat nak g melawat esok. bukan hari ni okey, dh nak malam dh pon. semua tempat dh tutup kecuali kedai makan.
dh habis pusing2, singgah ler medan selera kat brinchang. hmmm x byk kedai buka pon, ade la dlm 3 kedai makan je. menu pon x banyak. hasilnya?? orderlah nasi goreng ayam, itu pon makan x habis.. husband order mee hailam je, sedap katanya. sampai licin kuah d makannya!
jam 915pm dh balik hotel. bersihkan diri n berehat. x sangka aku terlelap dulu sebelum husband. maka punahlah my OD tanpa BD...huhuhu..
bangun pagi esoknya, tv masih terpasang. rupa2nya husband pon terlelap jugak smpai x sempat nak tutup tv. dua2 sama2 tido mati!! dalam toilet aku sedih sendirian. sbb dh terlepas my OD. aku yakin 1 april my OD sbb CVM memang dh jernih. tp aku cuba positivekn diri yang aku masih ada harapan. pagi tu muka aku memang nampak sugul, smpaikan husband pon perasan. bila d tanya aku diam je, im speechless + sedih. x kan aku nak cakap kat husband ' abg jom main!' mesti aku d cop dh buang tabiat! padahal masa rehat2 mlm td dh bg hint dh pon, agaknya husband malas nak layan aku sbb penat. maka aku diam je lah..
jam 10pg kitaorg start merayau2. x singgah ke mana pon. cuma singgah d cactus point dgn scooner farm je. lain2 tempat banyak yg tutup. maybe time cuti sekolah ari tu diaorg dh extend operation hour diaorg. maka hari kitaorg sampai d tutup sbb kedai nak berehat. huhu.. lepas singgah dua tempat, balik hotel n check out.
jam 1245pm sampai di tanah rata, singgah jap utk lunch. sepanjang otw nak balik tu mata aku ni memang ligatlah meninjau2 kiri kanan kot2 boleh singgah mana2 tempat yang best. alih2 hampa jugak. byk ladang strawberry di tutup. nursery je bukak. nak buat hape..??? x pe lah aku bgtahu husband kita singgah kt ladang teh je la.. dlm hati sedeyh gak sbb x kesampaian nak petik strawberry sendiri.huhuu... 
penutup percutian kitaorg dengan menyinggah di cafe cameron valley. kira puas hati dapat sampai situ. menikmati tea time dgn pemandangan yg awesome!! sonok ngn angin bertiup sepoi2 je.. hihih.. lepas snap pic kt ladang teh tu, kami teruskan perjalanan pulang ke KL. mujur pejalanan balik lebih smooth, menurun bukit senang la kan..?
jam 445pm dh sampai KL, jalan kt NKVE tu dh jam pon, tp mujur still blh bergerak.
malam tu aku masih berharap lg (nk BD) walaupon dh CD 12. last2 kecewa jugak sbb lalasan yg sama, masing2 dh penat. akhirnya aku pasrah je lah.. esok pagi bangun tido CVM dh tukar color dh, huhu... missed lg!!

moral of the story;

-len kali kalu dh tau nak BD masa OD tu janganlah buat aktiviti banyak sangat waktu siang, malamnya kompom2 dh penat. selera pon dh x ada. kena buat plan lain plak lepas ni.

-x nak dh pegi cameron highland, huhu... penat... lgpn x de pape pon yg menarik (bg aku la), maybe org lain x beranggapan sama macam aku. cukuplah sekali sampai, kalau nak bercuti lg mungkin ke tempat lain plak. malaysia kan ada banyak tempat menarik. jOm cuti2 Malaysia!!!

No comments:

Post a Comment