Friday 12 April 2013

geram2!

salam jumaat semua!!!
nak wat entry skit sebab dh boring melampau.
hari ni aku cuti esok lusa keje. org lain hari ni keje weekend cuti. terbalik plak. dh nasib org keje syif kn..?? hmmm its oke dh imun dh pon.  T_T

citer ni dh lama aku nak tulis kt blog aku tp asik x sempat je.. (budget sebok je kn..)

kisah ni berlaku kt tempat keje aku. di dalam pantry wad.
watak2 terlibat:
1- aku: 2 year TTC with 3 years experience as a qualified nurse
2-dilla: attendant wad, tunangan org yang nak kawin esok (13 april)
3- misi: 2 month preggy after 2 ++ year TTC with 5 years experience as qualified nurse

waktu keje aku masa tu syif pagi. lepas dh settle semua keje pagi tu, pesakit2 yang aku jaga semua pon dh habis rutin pagi diaorg. kebanyakan da start baring2 atas katil tunggu doktor round ataupun tunggu time nak lelap (perut dh kenyang lepas breakfast). so masa ni lah aku ngelat kejap nak masuk pantry, nak breakfast. makanan dh beli pg2 td tunggu nak ngap jer..hehe

sampai d pantry aku tengok ade la 3 org tgh makan, x pe aku kuar dulu tunggu turn. biar diaorg abih makan dulu. 15 minit gak la aku tunggu. kemudian aku pun masuk n labuhkan bontotku. menu aku bihun sup. masa tu yang ade kt situ cuma sorang staff je, si misi @ senior aku lah. aku pon start makan perut dh lapar kot. x sampai 5 minit kemudian masuk la plak si dilla ni. situsinya gini;

dilla:" kak fery (panggilan aku d wad) abg cleaner tu marah dilla." (sambil pegang galaxy tab miliknya and dtg duduk dekat sebelah aku)

aku: "apsal plak dia marah ko?" (sambil makan sup)

dilla: "tadi dilla terpijak mop dia, hehehe.. pastu dia tengok jeling kat dilla " (tersengih2 dengan mata x lekang dr tgok skrin tab)

aku: "yg ko pegi pijak mop dia tu wat ape? memang patutla dia marah kat ko. hishh.. lepas aku sudah makan ni kita terus pegi lawat kak liza tau"(ade sorang staff wad baru lepas bersalin)

dilla: "oke"

tiba2..

misi: " fery ko bila plak?"
dalam hati aku mula dah.. aku diam je, x jawap, terus makan bihun sup. tapi si dilla yg jawapkn..

dilla:" alah kak L*** nie belom ade rezeki lah nati ade lah tu..

terus aku jawap

aku:" tengok kak L*** si dilla yang bujang ni pon tahu jawap, belom kawen lagi ni. tenkiu dilla tolong jawapkan untuk aku" (sambil tepuk bahu dilla)

misi: "ko memang x nak lagi ke? ko merancang ke?" ( dia still x puas hati lagi)

aku terus makan bihun sup buat2 x dengar soalan dia tu. dalam hati aku macam2 aku cakap, geramnye! yang ko tu sebok sgt nak tahu tu kenapa? ooo mentang2 la ko baru je conceive, skrg ko sebok2 nak hal aku tu kenapa? masa ko tgh TTC dulu x de la plak ko sebok2 nak tanya itu ini kan? maknanya ko dh boleh bangga diri lah yang ko tu dh peknen kan?? then skrg ko nak rendah2 kan aku dgn nak kata yng aku ni x leh peknen?? mcm tu???!! ishhh... geramnya aku x tau nak wat cammn dh, sebab tu aku amek inisiatif buat2 x dengar
si dilla still rancak bermain ngan galaxy tab nya. dia pon x ckp apa dh malas agaknya. dengan menganggap si misi tu x wujud depan aku, aku sambung bersembang2 dgn dilla

aku: "haa dilla.. tu abg cleaner ko lalu. pegi ler pujuk dia" (sambil sengih2)

dilla: " huh.. x nak ah sape suh dia jeling kat dilla" (sambil gelak2)

aku: ish ko ni.. sengal. dh la jom, aku dh sudah makan ni.

maka aku n dilla pon kuarlah dr pantry tu. tinggallah si misi tu sorang2 terkulat2 dgn nasi lemak dia. padan muka dia sape suh tanya bukan2, patutnya dia harus lebih memahami perasaan org yg berTTC. ini tidak, memang x paham bahasa. aduhh jahatnya aku. tapi x pe aku puas hati. hahahaha!! (gelak jahat)

No comments:

Post a Comment