Saturday 27 April 2013

1st sesi bertemujanji dengan DR Ghafar

24 april 2013 next appoinment LPPKN.. hmm.. x sangka sampai jugak aku ke LPPKN bersama husband. padahal seminggu yg lepas beria2 aku nak call LPPKN balik utk postpone date tu atas hal2 yang membabitkan emosi antara aku ngan husband. kikiki.. bila di pikir2 balik kelakar pon ada. gadoh cam budak2! haha! mungkin tarikh tu dah di takdirkan untuk aku agaknya. walaupun <24jam berbaik ngan husband setelah hampir seminggu lebih beremosi. huhu..

pagi2 tu aku slow talk mintak husband temankan ke klinik (tp aku x ckp klinik LPPKN).. terus je setuju si husband ni, maybe nak jg hati aku kot. hehe.. x kisahlah asalkan ikut aku je. huhu... appoinment kali ni adalah wajib untuk kitaorang datang bersama, sbbnya inilah masanya untuk kitaorang tahu apa masalah/perawatan yang kita perlukan. dari apa yang aku faham tentang penerangan dr Ghafar tu;

*husband:- kuantiti air mani sgt2 sedikit, x ikut standard kesihatan tp.. (result yg agak meragukan kata DR Ghafar)

- kandungan sperma ok!

-sperma yg sihat pon ok!

-tahap keaktifan sperma pon ok!

*aku: -rahim ok!

-tiub fallopio pon ok! (aku igt dh rosak, based on result HSG)

-ovari pon ok!

-blood test hormon;-FSH ok!

-LH ok!

-progesteron x ok!!! (T_T)

kesimpulannya, perawatan perlu dilakukan! proses dalam ovari aku perlu dibetulkan. sebenarnya aku x paham sgt pon bab2 hormon ni hehe... walaupon aku bekerja kat hospital jugak, tp bidang ni sgt lah jauh dr bidang kerja aku. so memang x paham lah! huhu.. semua penerangan DR ghafar aku dgr betul2, nak paham lah katakan... DR ckp yang aku x menopause pon. telur2 aku masih ada lagi kt dalam ovari tu. fuhh... lega sikit tp still risau lagi. masalahnya sekarang setiap bulan telur aku dimatangkan (fisiologi badan manusia) cuma bila telur aku dh matang, dia x nak kuar dr ovari tu. kalau dh x nak kuar dr situ, x delah nak masuk tiub fallopio aku tu. bila telur x masuk tiub fallopio macammana pulak nak bertemu dengan sperma kn?? so... itulah problem yang aku hadapi sebenarnya.. ok dh paham..

bila aku pikir2 balik, patutla selama ni setiap kali aku kira hari subur (D10, D11, D12,D13) x pernah lah nak jumpa EWCM. asyik dry je.. kalau lepas buang air kecik pon susah kot nak jumpa mukus2 ni. memang aku jarang2 jumpa mukus dalam panties aku ni, kecuali time dekat2 nak period je.. itu pon jumpa lepas buang air kecik.

kemudian masuk bab perawatan..

DR Ghafar terus je cadangkan IUI. IUI??? ape tu? yg ni memang aku dh paham sgt sebab dh banyak sgt membaca di tenet kan. DR pon explain la dr A to Z (utk husband aku lah) aku tadah je la telinga aku ni ha..habis je penerangan terus di tanya kat aku, 'bila last period?' aku pon jawapla yg arini dh masuk CD3(dengan muka blurr). terus je DR Ghafar suggest buat IUI utk cyle kali ni lagi 10 hari dtg scan, 2 hari kemudian IUI. haaa???? tercengang sekejap aku jadinya. IUI utk cycle ni??? seriusly aku x expect langsung! aku budget yg aku akan start dengan clomid je utk 3 cycle, tp lain la plak.. aku tgok husband n tgok DR, spechlesss!! kemudian aku tanya kat DR Ghafar, 'DR memang cadangkan IUI lah?' (still x puas hati lagi) agaknya DR tu paham kot aku ni dh macam ter-shock sekejap. dia pon cakap, "x pe kalu nak bincang dulu pon boleh nanti kita set appoinment utk cycle yg lain'

aku tengok kat husband (dengan sinar mata utk mintak pendapat). husband aku terus je setuju!! aduhhhh, dia setuju plak! dalam kepala aku ni dh macam2 di pikirkan. emosi aku memang x bersedia lagi, risau pon ada. macammana kalu gagal. silap2 DR suh IVF plak. hishhh.. jauhnya aku pikir. dah ler tahap kewangan tgh goyang ni. dengan husband lak skrg ni jobless.huhuu..

last2 aku setuju jugak utk IUI cycle ni. husband aku beria2 nak teruskan, main setuju je ngan DR tu. (geram gak aku rasa) tapi bila aku pikir2 balik, apa salahnya kalau aku setuju pon. kebetulan appoinment kali ni aku dh on CD3. memang dh boleh start pon (kata DR lah) mungkin jugak dh ditakdirkan untuk aku. (appoinment ngam dgn period time) padahal sebelum ni aku dh beria2 nak cancel appoinment tapi x buat pon. kuasa Allah SWT.. hanya DIa mengetahui segalanya. aku pujuk diri sendiri, kadang2 x semua hal yang berlaku atas kehendak kita. ada hal berlaku bila kita belom bersedia utk hadapi, contohnya kita boleh ke tetapkan bila nak sakit, kemalangan, bila nak susah. x tahu kan..? so kita kena hadapi dengan jiwa terbuka, mungkin semua ni dah ditakdirkan untuk kita sebenanya.. (^_^)

maka pulanglah aku ke rumah bersama2 ubat clomid and injectin Humog. yang penting kita berusaha, Allah SWT x kan berikan kita sesuatu tanpa usaha. x ade rezeki yang tiba2 jatuh ke riba oke! paham2 je lah..

oke, im ready!! semoga segalanya di permudahkan-Nya.. InsyaAllah.. amiinn..

Monday 15 April 2013

29 years old!!

hari ni birthday husband yng ke 29! x de pape yang aku buatkan utk nya.. hmm.. sedih. sebabnya aku tgh mogok! hahaha! (gelak jahat) nanti lah claim ek..
kalu nak d ikutkan dh 3 hari aku mrajok, dgn cara mogok cakap. maka dh 3 hari jugak la suara aku x berdendang kt rumah ni. balik keje je aku terus tido sampai maghrib baru bangun. masak + makan+ basuh baju+ kemas rumah, lepas solat isya tido balik. memang x kuar suar langsunglah. jimat suara aku. huh... jahatnyer lah kan.
bukan x nak berbaik tapi aku ni memang jenis degil and keras hati ++++ padahal husband aku puas gak la dok mujuk nih aku bagi suara aku kuar, mcm2 di tanya tapi silent mode kan jer..
#dasat ooo... hehe
adatla kan dalam rumahtangga kalu selisih faham sikit, touching2 skit..kn2..
harap2 esok aku oke sikitlah.. oh hatiku, kenapa lah keras sgt ni.. kesian kat husband aku.. huhu.

Friday 12 April 2013

geram2!

salam jumaat semua!!!
nak wat entry skit sebab dh boring melampau.
hari ni aku cuti esok lusa keje. org lain hari ni keje weekend cuti. terbalik plak. dh nasib org keje syif kn..?? hmmm its oke dh imun dh pon.  T_T

citer ni dh lama aku nak tulis kt blog aku tp asik x sempat je.. (budget sebok je kn..)

kisah ni berlaku kt tempat keje aku. di dalam pantry wad.
watak2 terlibat:
1- aku: 2 year TTC with 3 years experience as a qualified nurse
2-dilla: attendant wad, tunangan org yang nak kawin esok (13 april)
3- misi: 2 month preggy after 2 ++ year TTC with 5 years experience as qualified nurse

waktu keje aku masa tu syif pagi. lepas dh settle semua keje pagi tu, pesakit2 yang aku jaga semua pon dh habis rutin pagi diaorg. kebanyakan da start baring2 atas katil tunggu doktor round ataupun tunggu time nak lelap (perut dh kenyang lepas breakfast). so masa ni lah aku ngelat kejap nak masuk pantry, nak breakfast. makanan dh beli pg2 td tunggu nak ngap jer..hehe

sampai d pantry aku tengok ade la 3 org tgh makan, x pe aku kuar dulu tunggu turn. biar diaorg abih makan dulu. 15 minit gak la aku tunggu. kemudian aku pun masuk n labuhkan bontotku. menu aku bihun sup. masa tu yang ade kt situ cuma sorang staff je, si misi @ senior aku lah. aku pon start makan perut dh lapar kot. x sampai 5 minit kemudian masuk la plak si dilla ni. situsinya gini;

dilla:" kak fery (panggilan aku d wad) abg cleaner tu marah dilla." (sambil pegang galaxy tab miliknya and dtg duduk dekat sebelah aku)

aku: "apsal plak dia marah ko?" (sambil makan sup)

dilla: "tadi dilla terpijak mop dia, hehehe.. pastu dia tengok jeling kat dilla " (tersengih2 dengan mata x lekang dr tgok skrin tab)

aku: "yg ko pegi pijak mop dia tu wat ape? memang patutla dia marah kat ko. hishh.. lepas aku sudah makan ni kita terus pegi lawat kak liza tau"(ade sorang staff wad baru lepas bersalin)

dilla: "oke"

tiba2..

misi: " fery ko bila plak?"
dalam hati aku mula dah.. aku diam je, x jawap, terus makan bihun sup. tapi si dilla yg jawapkn..

dilla:" alah kak L*** nie belom ade rezeki lah nati ade lah tu..

terus aku jawap

aku:" tengok kak L*** si dilla yang bujang ni pon tahu jawap, belom kawen lagi ni. tenkiu dilla tolong jawapkan untuk aku" (sambil tepuk bahu dilla)

misi: "ko memang x nak lagi ke? ko merancang ke?" ( dia still x puas hati lagi)

aku terus makan bihun sup buat2 x dengar soalan dia tu. dalam hati aku macam2 aku cakap, geramnye! yang ko tu sebok sgt nak tahu tu kenapa? ooo mentang2 la ko baru je conceive, skrg ko sebok2 nak hal aku tu kenapa? masa ko tgh TTC dulu x de la plak ko sebok2 nak tanya itu ini kan? maknanya ko dh boleh bangga diri lah yang ko tu dh peknen kan?? then skrg ko nak rendah2 kan aku dgn nak kata yng aku ni x leh peknen?? mcm tu???!! ishhh... geramnya aku x tau nak wat cammn dh, sebab tu aku amek inisiatif buat2 x dengar
si dilla still rancak bermain ngan galaxy tab nya. dia pon x ckp apa dh malas agaknya. dengan menganggap si misi tu x wujud depan aku, aku sambung bersembang2 dgn dilla

aku: "haa dilla.. tu abg cleaner ko lalu. pegi ler pujuk dia" (sambil sengih2)

dilla: " huh.. x nak ah sape suh dia jeling kat dilla" (sambil gelak2)

aku: ish ko ni.. sengal. dh la jom, aku dh sudah makan ni.

maka aku n dilla pon kuarlah dr pantry tu. tinggallah si misi tu sorang2 terkulat2 dgn nasi lemak dia. padan muka dia sape suh tanya bukan2, patutnya dia harus lebih memahami perasaan org yg berTTC. ini tidak, memang x paham bahasa. aduhh jahatnya aku. tapi x pe aku puas hati. hahahaha!! (gelak jahat)

Thursday 11 April 2013

1 april 2013 = 2nd anniversarry!!

our 2nd anniversary 1 april lepas.  last minute decide nak g holiday, tercapai juga akhirnya. cam x caya pon ada gak. keh keh keh.. ptg 1 april selamat smpai di cameron highland. g bercuti dekat2 je, sbb x standby duit nak g bercuti. huhu..
tersangat la excited sebenarnya sbb sepanjang kami berkahwin belum sempat lagi bercuti. honeymoon pn x pegi tau masa lps kahwin dulu. huhu.. sadisss... so ni kira celebrate 2nd anniversary and honeymoon skalilah. kejap je pon, kitaorg bercuti 2D 1N je.. sbb amik cuti urgent, mn boleh lama2..
2 hari sebelum tu aku n husband igt nak check in hotel je kat area KL ni utk celebrate anniversary kitaorg tp aku yang memandai2 ajak g cameron highland. sbbnya?? alang2 check in hotel je, lebih baik ber-check in sambil bercuti kn?? lagipon kebetulan 1 april tu jatuh CD 11 my OD!! memang aku berharap sgt dpt ber-BD + honeymoon!! hope ada miracle! thats why aku sanggup korbankan duit aku, aku yg support percutian kitaorg dgn ikhlasnya..
tiba di cameron jam 545pm terus cari hotel sbb dh penat sgt. kepala dh pening dgn jln area tapah yg macam ular kena palu. rupa-rupanya cameron highland ni biasa je pon cuma yg special suasana sejuk di tanah tinggi je. huhu baru kutahu... lepas dh berehat2, jam 640pm baru kuar pusing2 tgok tmpat nak g melawat esok. bukan hari ni okey, dh nak malam dh pon. semua tempat dh tutup kecuali kedai makan.
dh habis pusing2, singgah ler medan selera kat brinchang. hmmm x byk kedai buka pon, ade la dlm 3 kedai makan je. menu pon x banyak. hasilnya?? orderlah nasi goreng ayam, itu pon makan x habis.. husband order mee hailam je, sedap katanya. sampai licin kuah d makannya!
jam 915pm dh balik hotel. bersihkan diri n berehat. x sangka aku terlelap dulu sebelum husband. maka punahlah my OD tanpa BD...huhuhu..
bangun pagi esoknya, tv masih terpasang. rupa2nya husband pon terlelap jugak smpai x sempat nak tutup tv. dua2 sama2 tido mati!! dalam toilet aku sedih sendirian. sbb dh terlepas my OD. aku yakin 1 april my OD sbb CVM memang dh jernih. tp aku cuba positivekn diri yang aku masih ada harapan. pagi tu muka aku memang nampak sugul, smpaikan husband pon perasan. bila d tanya aku diam je, im speechless + sedih. x kan aku nak cakap kat husband ' abg jom main!' mesti aku d cop dh buang tabiat! padahal masa rehat2 mlm td dh bg hint dh pon, agaknya husband malas nak layan aku sbb penat. maka aku diam je lah..
jam 10pg kitaorg start merayau2. x singgah ke mana pon. cuma singgah d cactus point dgn scooner farm je. lain2 tempat banyak yg tutup. maybe time cuti sekolah ari tu diaorg dh extend operation hour diaorg. maka hari kitaorg sampai d tutup sbb kedai nak berehat. huhu.. lepas singgah dua tempat, balik hotel n check out.
jam 1245pm sampai di tanah rata, singgah jap utk lunch. sepanjang otw nak balik tu mata aku ni memang ligatlah meninjau2 kiri kanan kot2 boleh singgah mana2 tempat yang best. alih2 hampa jugak. byk ladang strawberry di tutup. nursery je bukak. nak buat hape..??? x pe lah aku bgtahu husband kita singgah kt ladang teh je la.. dlm hati sedeyh gak sbb x kesampaian nak petik strawberry sendiri.huhuu... 
penutup percutian kitaorg dengan menyinggah di cafe cameron valley. kira puas hati dapat sampai situ. menikmati tea time dgn pemandangan yg awesome!! sonok ngn angin bertiup sepoi2 je.. hihih.. lepas snap pic kt ladang teh tu, kami teruskan perjalanan pulang ke KL. mujur pejalanan balik lebih smooth, menurun bukit senang la kan..?
jam 445pm dh sampai KL, jalan kt NKVE tu dh jam pon, tp mujur still blh bergerak.
malam tu aku masih berharap lg (nk BD) walaupon dh CD 12. last2 kecewa jugak sbb lalasan yg sama, masing2 dh penat. akhirnya aku pasrah je lah.. esok pagi bangun tido CVM dh tukar color dh, huhu... missed lg!!

moral of the story;

-len kali kalu dh tau nak BD masa OD tu janganlah buat aktiviti banyak sangat waktu siang, malamnya kompom2 dh penat. selera pon dh x ada. kena buat plan lain plak lepas ni.

-x nak dh pegi cameron highland, huhu... penat... lgpn x de pape pon yg menarik (bg aku la), maybe org lain x beranggapan sama macam aku. cukuplah sekali sampai, kalau nak bercuti lg mungkin ke tempat lain plak. malaysia kan ada banyak tempat menarik. jOm cuti2 Malaysia!!!