Friday 5 September 2014

cerita sepanjang pertengahan 2014 (part 2)

oke nak sambung story seterusnya plak..

next blood test aku amik pada bulan jun. pada bulan ni jugak berat badan aku dah lost 17kg!! dah nak capai berat ideal lagi 7 kg untuk dibuang tapi badan dan kebal, x mahu turun dah. huhu... oke sambung balik kepada blood test CD21. aku bersyukur sangat sebab result darah aku naik lagi. dari 21.9mmoL==> 36.8 mmoL. sungguh aku x sangka yang level progestron aku akan naik setinggi ni, sedangkan dulu nak naik ke nombor belas2 pon susah. inikan pulak yang digit puluh-puluh.
masa amik darah ni jugak aku gatal2 g hantar test untuk beta-HCG. result beta-HCG aku buat aku hairan sbb readingnya 16.4mIU/L. sedangkan dulu -dulu pon aku ade hantar test Beta-HCG ni x pernah tinggi, asyik2 <1.5mmoL je.. aku pon malas nak pikir sangat, lantaklah.. yang penting aku hepi sebab level progestron aku dah naik dari 21.9mmoL ==> 36.8mmoL. seingat aku doktor pernah bagitaw level progestron terbaik adalah >40mmoL. aku senyum je seharian sbb hepi. balik rumah aku bagitaw kat husband, aku cakap nak order lagi set shaklee ni. dia oke je.. husband pon tumpang hepi untuk aku. mesti dia pon berharap harapan yang sama dengan aku walaupon dia x cakap kan... paham2 je lah orang laki ni jarang nak ekspressikan dengan kata2 ni. nak order set lagi???? tunggu gaji lah...!!

#maka bersambung lagi selepas ini... hehe..

No comments:

Post a Comment