Saturday, 23 August 2014

cerita sepanjang pertengahan 2014 (part 1)

assalamualaikum... hehe..sopan plak rasanya. dah setahun tak menulis, sampaikan nak masuk pun kena bagi salam dulu. biar sopan tak pe, jangan tak sopan sudah. kan kan??
sebenarnya banyak sangat cerita nak citer ni sampai x tahu dari mana nak mulakan.
hmmm.. my last entry bulan november tahun lepas aku ada bagitaw yang aku dah start produk shaklee kan? macam biasa aku memang plan nak amik untuk 3 bulan je pon. sebab tu la senyap je.. kononnya tempoh bertenang la. tapi aku x de pon consume sampai 3 bulan, terlajak lagi ade lah. hehe.. aku amik shaklee ni sampai bulan februari, lebih kurang 4 bulan jugakla aku consume benda alah ni. hehehe.. (sbb nak abiskan stok yang di order)
dalam bulan februari aku tunggu sampai CD21 untuk check progestron level aku. check punya check, memang aku tak sangka langsung yang badan aku respon cukup baik dengan produk shaklee ni. mana x hepi, progestron level aku naik mendadak dari 0.5mmoL ===> 21.9mmoL. aku rasa bersyukur yang amat. x macam supplement sebelum ni, ciput je naik levelnya. so aku pon sambung la order set shaklee lagi, kali ni amik set yang besar sikit. hehe.. (nampak x excited tu). aku harap result blood test yang seterusnya pon memberangsangkan jugak lah. dalam tempoh ni jugak aku wat program diet untuk aku turunkan berat badan. sebab ada research yang bagitaw berat badan jugak dikatakan penyebab hormon kita terganggu. (fakta kot)
tapi untuk set kali ni aku up-kan sikit pengambilan tablet alfafa tu. (x sabar nak result cepat) . dos yang dicadangkan 8 tablet sehari. tapi aku yang 'pandai memandai' ni naikkkan dos aku sendiri kepada 10 tablet sehari. hehe..  memang x de rasa bersalah pon. aku teruskan set ni sampai stok aku dekat nak habis la, pastu aku tunggu CD21 untuk blood test seterusnya.

#next blood test on june 2014, oke kita tunggu next story la yer..

Friday, 22 August 2014

i miss uu!!!!

arghh... rindu toi nak update kat sini.dah dekat sebulan den try log in blog ni. huhu... nampak sangat dah lama x bukak account ni sampaikan cara nak log in terlupa! adoyaiii...
peningkatan usia gamaknya, tu yang boleh terlupa tuh.

pape pon sesi log in account dah berjaya!! next time boleh update story terkumpul selama ni. hek hek ek.. daaa....

Tuesday, 19 November 2013

tukar lagi..

akhirnya timbul semula...
lepas ni nak tenggelam berapa lama lagi x taw lah kn.
sekejap tenggelam, sekejap timbul. janji tetap berusaha TTc.kan2???

beberapa bulan yang lepas aku ade consume produk brand cordel tu kan, dan akhirnya aku stop jugak. sekarang aku cuma consume produk brand Shaklee je iaitu alfafa + gla +vit. b complex.
sekarang dah masuk bulan kedua, kali ni nak try sampai bulan ke-3. nak consume betul2 sbb ramai yang cakap Shaklee ni bagus.
makanya, aku ada lagi sebulan setengah untuk ber 'consume'
lepas u standby untuk repeat blood test lagi.

so sekarang aku menjalani tempoh2 ber'trial'
oke bye...nak tenggelam dh ni. ntah bila la plak agaknya nak timbul semula..hihihihi

Tuesday, 1 October 2013

ANTARA CARA LAIN YANG DIAMALKAN

dulu2 aku ada amalkan diet modification sikit lah, tapi kejap je bertahannya. last2 aku dh malasssss... adoii... penyakit malas memang susah ubatnya. so aku share sikit lah kot2 ade org2 tertentu nak try kan. hehe..
ramai yang suggestkn avocado, so aku try menda alah ni je lah.

ni namanya... ape yer.. hehe.. tah la, x tahu nak kasi nama apa. kuah tu bukan santan tau, tapi susu segar yg di campur sedikit gula. avocado tu potong ler ikut saiz yg disukai hati. rasanya memang YUMMYY!!! sedap bangattttt!!! ye lah avocado tu kan agak tawar rasanya. bila di makan dengan kuahnya yang lemak2 manis tu, memang sedaplah!!! mula2 cuba aku makan desert ni memang rasa lain macam sikit sebab first time makan avocado, tapi bila dh lama2 lidah pon dh serasi. rasanya sampai teringat2 kot!

yang keduanya...

memperkenalkan.... inilah dia avocado smoothie!! bukan A&W punya produk oke. gelas je A&W punya barang tapi isinya lain. heeee... ini sOdap jugaklah. cara buatnya pon lebih kurang jer. campakkan avocado + gula sikit+susu segar+ais hancur dalan blender and blendkan sampai jadi macam ais blended.
maka terhasillah AVOCADO SMOOTHIE
kalau korang nak try, dipersilakan..
avocado ni kan bagus untuk detox and membantu me-regulate hormon jugaklah.

Thursday, 12 September 2013

baru dua bulan dh stop.

ape yg dah stop nie????
hehehe... sbukan stop TTC oke. sbb kita semua yg ber-TTC ni adalah SUPERWOMAN! yang dh stop tu cuma supplement jer. seperti dalam entry sebelum ni, supplement Brand Kordel.

ikutkan plan sebelum start supplement tu nak consume utk 3 bulan and kemudian check hormon level balik. tapiiiiii....... atas dasar iman x kuat, plan tu x jadi. aku hanya mampu consume utk 2 bulan jer. lepas tu dh resah gelisah x nak consume smpai bulan 3. maka dengan jayanya aku stopkn supplement tu pada CD21 bulan kedua. pada hari yang sama jugak aku repeat blood test utk check hormon level.

resultnya keluar pada hari esoknya. yup, level progesterone memang naik tapi sgt sikit. huhu...

08/07/2013------> 12.7 nmol/L
09/09/2013------> 13.2 nmol/L

haaa.... nampak x betapa sikitnya perubahan (padahal aku sendiri yang x sabar)

setelah di pikir2, aku stopkn je lah supplement Brand Kordel ni. aku ingat nak try supplement lain plak (padahal dh terhasut, hehe) aku pon dh start ushar2 nak try Shaklee plak, since ramai yang bagi feedback positif pasal supplement ni. so ape salahnya kalau aku cuba jugak kn??

agak2 bila nak start ek??? hmm.. cari dulu lah barang2nya dong! heee...

okelah, nak g cari shaklee plak ni. bye3... :)

Sunday, 25 August 2013

hepi eidulfitri!!

#maaf.. mood raya baru sampai.. selamat hari raya semua!! maaf zahir n batin yer andai ade entry yang mengguris rasa hati kalian

baru nak post picture-nyer..

ini dia... mende alah ni la yang aku tengah consume sekarang ni.  botol kanan utk waktu malam, botol kiri untuk waktu pagi. ambil sebiji setiap kali makan. sehari dua kali makan. itu ler rutinku buat masa sekarang ni. ingat nak tunggu sampai genap 3 bulan kemudian nak repeat blood test. tapi.... nampak gayanya macam iman x kuat, maybe aku nak repeat blood test lepas habis consume dua bulan.. hehehe.. (nampak sangat x sabar kan)
selain tu ade gak aku try2 mende alah lain tapi x consistent.. huhu.. nanti2 lah pulak aku uploadkn. heee